Posts Tagged ‘RTM’

‘Berangkut’ Ke PERSADA

Friday, June 18th, 2010

Salam Siaran

InsyaAllah kalau tiada apa-apa aral melintang, Team FuhYooFM akan berangkut (mengangkut barang-barang) ke Pusat Konvension Persada Johor pada petang hari Ahad nanti. Penulis pula akan ke Kuala Lumpur menemani isteri yang akan berkonvo di PWTC pada Ahad dan Isnin depan. Hari Selasa baru balik semula ke  Johor.. Begitulah planningnya.. mohon dipermudahkan segala urusan.

Nak cerita sikit mengenai program di Persada Johor. Program ini diberi nama MISTI Johor 2010 (Minggu Sains Teknologi dan ICT)). Bermula 21-27 June 2010. 21 adalah hari perasmian. YAB Dato’ Menteri Besar dijangkan akan rasmikan mijlis ni. Orang ramai sudah boleh mula datang tengok pameran bermula 22 June 2010. Setiap hari sepanjang MISTI ada banyak acara disediakan.

Paling best cabutan nombor bertuah. Datang jer boleh dapat hadiah. Syaratnya mendaftarlah dulu ye.. .. Kalau tak daftar tak dapat nak nolong .. hehehe…

Di antara yang best lagi, khas untuk adik2 anak2 boleh jumpa Ipin dan Upin.. Ambiklah peluang ni untuk bermesra dengan mereka, 2 ikon yang begitu popular di kalangan budak2 ya.

Boleh juga berjumpa angkasawan negara Dr Faiz Khaleed. Mesti anak2 kita suka ya..

Banyak juga hadiah yang perlu dimenangi. Hanya jawab kuiz mudah dah boleh menang hadiah. Siapa tak nakkan.

Jadi sama-samalah kita serbu Persada Johor pulak ya pada tarikh yang telah DjSenja beritahu tadi. Owh! Ya.. Jangan lupa Radio Internet FuhyooFM akan berada di sana sepanjang acara berlangsung. Dj kami kalangan pelajar2 Kelab Media Radio Sekolah (KEMRADS) akan mengendalikan sepenuhnya siaran sepanjang acara berlangsung.

Jadi, rasanya tak perlulah Djsenja tulis panjang-panjang kat sini. Kalau ada masa dan kelapangan waktu, datang saja ke Persada Johor pada 22-27 June ini untuk bersama Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor 2010. Jangan lupa cari saya kalau anda ke MISTI ya..

Juruhebah ‘Papa Din’ Meninggal Dunia

Friday, May 7th, 2010

Salam Siaran

Ini berita yang dipetik daripada Bernama Online:-

“SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) — Juruhebah Radio Malaysia NEGERIfm, Kamaruddin Kassim atau lebih dikenali sebagai Papa Din meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar di sini, malam Khamis.

Menurut rakan setugas Allahyarham, Fazidah Mohd Yusof, Kamaruddin meninggal dunia pada kira-kira pukul 7.30 petang tadi. Beliau berusia 56 tahun.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, meninggalkan seorang isteri, Masitah Yusuf, 54, serta lapan orang anak dan dua orang cucu.

“Menurut ahli keluarganya, Allahyarham dimasukkan ke wad dua hari lepas setelah mengadu sakit perut. Saya difahamkan Allahyarham pernah menjalani pembedahan pada tahun lepas akibat barah usus yang dihidapinya,” katanya kepada Bernama.

Fazidah berkata Allahyarham pada awal kariernya bertugas di Unit Hiburan Muzik Radio Kuala Lumpur dan kemudian ditempatkan di unit yang sama di Radio Malaysia Melaka.

“Kemudian pada Ogos 1990, Allahyarham bertugas di Radio Malaysia NEGERIfm sewaktu itu dikenali sebagai Radio Tiga Seremban sebagai Penerbit Rancangan.

“Sewaktu bertugas di Negeri Sembilan, Allahyarham telah menerbitkan beberapa rancangan radio antaranya ialah Rancangan Tunas Sembilan, iaitu program mencungkil bakat-bakat baru nyanyian, di mana penyanyi terkenal Siti Nordiana turut dicungkil dari program tersebut,” katanya.

Katanya program terakhir yang sempat diterbitkan Allahyarham di Radio Malaysia NEGERIfm ialah “Teen Search”.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said di sini, selepas Solat Jumaat.

– BERNAMA ”

P/s: Hilang seorang lagi rakan Dj/juruhebah. Teringat kata-kata seorang DjSenior… Seorang dj radio hanya diingati ketika suaranya berkumandang di corong radio. Selepas dia off mic (tidak keudara), dia tidak akan dingati lagi.. huhu..

Ppp/s: Sebelum ini Allahyarham pernah kehilangan anak lelaki

Pp/s: Apapun Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga tabah menghadapi dugaan ini dan marilah kita sedekahkan Al-fatihah! Amin..

Jom Jenguk Ke Angkasapuri Sambut RTM ke 64

Monday, March 29th, 2010

Salam Siaran

Kalau dalam entry yang  lepas penulis menyentuh mengenai kisah 2 orang rakan djradio dari NegeriFM, DjShah dan DjLela yang sedang melakukan percubaan mencipta rekod keudara 120 jam tanpa henti, (ketika artikel ini dipublish, mereka telah berjaya melepasi angka 34 jam daripada 120 jam), hari ini pulak penulis nak wr-warkan satu lagi acara  Sempena Ulang Tahun RTM Ke-64.

Ini adalah artikel yang dipetik daripada blog Sensasi Selebrity, selamat membaca.

 Jom Jenguk Ke Angkasapuri Sambut RTM ke 64Sempena Ulang Tahun RTM Ke-64, dilangsungkan program Sorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Generasiku yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dua hari berturut-turut pada 3 dan 4 April 2010 seawal 8.00 pagi bertempat di perkarangan Kompleks Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Bertujuan untuk mendekati rakyat iaitu penonton dan pendengar agar dapat memahami secara jelas dan terbuka mengenai organisasi, operasi serta kandungan program yang disiarkan di TV dan radio RTM sekaligus menyakinkan masyarakat bahawa RTM sebenarnya adalah stesen milik rakyat, kelompok sasaran utama program ini adalah golongan muda terdiri daripada remaja dan belia.

Penganjurannya dilihat menyumbang kepada ruang bertemu dan berkomunikasi dengan masyarakat secara terbuka melalui penerangan secara terperinci dan ruang promosi kepada aktiviti dan program-program RTM.

Malahan turut memberikan peluang kepada orang ramai mendekati dan bersemuka bersama Personaliti RTM serta artis-artis popular yang lahir menerusi program RTM.

Berkonsepkan hari terbuka dalam usaha ‘merakyatkan RTM’ dengan menggabungkan tiga aktiviti serentak iaitu; Sambutan Ulang Tahun RTM Ke-64 (1 April), Sorakan 1Malaysia 1Dunia : Piala Dunia FIFA 2010 dan Gegar Generasiku (3 dan 4 April 2010).

Untuk bacaan lanjut klik SINI

Cabaran 120 Jam Keudara Tanpa Henti NegeriFM

Friday, March 26th, 2010

Salam Siaran

Esok 27 Mac 2010 jam 9 pagi, dua orang rakan DjNegeriFM (Radio Negeri Sembilan) Shah dan Lela akan memulakan cabaran bersiaran diudara selama 120 jam tanpa henti. Cabaran ini akan berlangsung selama 5 hari dan hanya akan berakhir pada 1 April 2010.  Kita sama-sama doakan  mereka berdua diberi kekuatan menggalas tugas berat ini sekaligus mencatat rekod sebagai djradio atau penyampai radio paling lama keudara tanpa henti. Cabaran ini sempena ulangtahun ke-64 RTM.

krew4 Cabaran 120 Jam Keudara Tanpa Henti NegeriFMSemangat dan keberanian dua orang Dj muda dari NegeriFM ini mengingatkan saya kepada bekas boss saya ketika di Best 104 dulu iaitu DjBBD yang pernah melakukan tindakan serupa hampir 10 tahun lalu.  Ya! rekod sebelum ini dipegang oleh  En. Borhan Moktarudin (DjBBD) yang telah berjaya keudara selama 104 jam tanpa henti secara solo dan manual pada 02 Okt 2000.

DJ Burhan Mohtarrudin, juga dikenali sebagai BBD, dianugerahkan sebagai penyampai di udara terpanjang di dunia selama 104 jam, dari 12:00 tengah malam 2 Oktober 2000 hingga jam 8:00 pagi 6 Oktober 2000. - Petikan wikipedia

104 print 23 Cabaran 120 Jam Keudara Tanpa Henti NegeriFM

Masih ingat lagi masa tu betapa BBD berhempas pulas bagaikan bersabung nyawa demi mencapai misi 104 jam tanpa henti. Makan tidur dan segala aktiviti harian dilakukan di dalam konti. Wakil daripada The Malaysia Book Of Record sentiasa memantau pergerakkan beliau sepanjang masa. Untuk jangkamasa 4 jam bersiaran, beliau hanya diberi perlepasan selama 15 minit untuk berehat. Itulah masa untuk makan, tidur sekajap, solat dan sebagainya. Begitulah berterusan selama 4 hari. Akhirnya pada pagi 6 Okt 2000, beliau berjaya melengkapkan cabaran tersebut. Keadaannya hanya Allah sajalah yang tahu.  Sebaik berakhir cabaran 104 jam tanpa henti, hanya satu perkataan yang terpacul daripada mulut beliau; “ Aku nak tidur puas-puas” :) .

Pihak pengurusan selepas itu memberi beliau cuti rehat selama seminggu. Itulah kisahnya bekas ketua saya BBD dengan cabaran 104 jamnya tanpa henti secara solo dan manual. Maknanya beliau masa tu menggunakan sepenuhnya peralatan manual daripada memainkan lagu menggunakan CD player, memainkan iklan, promo, jinggle dan sebagainya menggunakan cartrij sehinggalah bercakap diudara tanpa sebarang bantuan peralatan moden seperti komputer dan sebagainya.  Kini semua itu hanya tinggal kenangan yang amat indah untuk diingati sekali-sekala.

Kepada DjShah dan DjLela, kalau boleh satu saja yang ingin saya pesan, tugas ini bukan mudah! Segalanya terletak pada kekuatan mental dan semangat anda berdua. Kalian beruntung kerana berpeluang melakukan sesuatu yang ramai orang di luar sana teringin melaukannya, tetapi tidak  berpeluang. Kini kalian mendapat peluang itu dan lakukanlah yang terbaik. Ingat! Ianya bukan mudah dan bukan pula mustahil. All the Best!..

P/s: DjHalim Othman (kini di SuriaFM) pernah melakukan cabaran serupa ketika bersama stesen radio ERAFM.

Best 104; Jauh Di Sudut Hati….

Friday, March 19th, 2010

AMARAN! Entry kali ini adalah berbentuk luahan peribadi. Kalau anda seorang yang tidak suka membaca coretan sedemikan, sila jangan teruskan pembacaan anda. TQ.

Salam Siaran

DjSenja di sini. Apa khabar anda! Saya doakan kesejahteraan kalian semua. Moga kehidupan kalian selalu gembira dan ceria.

Awal pagi tadi saya menerima masej daripada seorang rakan lama. Dapat masej itu biasa tapi isi kandungannya itu yang ingin saya kongsikan. Beliau mengingatkan hari ini genap setahun saya berhenti daripada Rdio Best 104 (bagi  yang tidak tahu, best 104 ialah stesen radio milik Almarhum Tuanku Sultan Iskandar – bekas sultan Johor).

Owh! Sudah setahun rupanya! Terasa cepat benar masa berlalu. Bagaikan baru semalam mengucapkan selamat tinggal kepada konti dan rakan-rakan di sana. Mesej rakan tadi mengimbau kembali kenangan ketika bersama Best 104 dulu. Yelah, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Hampir 14 tahun memegang title DJRadio, rasanya banyak sekali kenangan manis dan pahit yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Saya bersama Best 104 ketika nama stesen radio itu tengah mewangi, menjadi sebutan dan pilihan ramai. Ketika itu – tahun 1996 – belum ujud lagi ERAFM dan HOTFM. Yang ada masa tu cuma Time Highway Radio (THR) RED104 dan radio-radio RTM.

Masih ingat CEO masa tu Hj Majid Kayat, bekas orang kuat RTM. Tuan Haji ni simple orangnya. Namun beliau tidaklah lama menjadi ketua kami. Staff Best 104 yang lama-lama macam DJ Riena Jamal, DJ SiManis Sham, DjBBD – nama-nama ni semua sudah tidak lagi berada dalam dunia broadcasting- pasti masih ingat benar akan peristiwa yang membawa kepada pengunduran Hj Majid Kayat daripada Best 104. Apa yang terjadi biarlah kekal di lipatan memori kami semua. Kalau diingat kembali, hanya akan menambah luka di hati.

Selepas itu saya masih mampu bertahan selama hampir 14 tahun, meskipun pelbagai kepahitan dan kepayahan terpaksa saya telan senidiri. Bila difikirkan kembali, saya bagaikan tidak percaya. Entah dari mana datangnya kekuatan untuk terus bertahan. Sedangkan setiap tahun saya menyaksikan rakan-rakan setugas angkat kaki meninggalkan Best 104 sorang demi sorang. Dalam hati terdetik jugak, suatu hari aku jagak akan berbuat demikian.

Hinggalah pada bulan February 2009 saya sudah tidak tahan lagi. Keadaan menjadi semakin parah. Nampaknya kaduk benar-benar sudah naik junjung. Daripada memperjudikan diri kepada sesuatu yang langsung tiada sifat belas, lebih baik saya angkat kaki menuruti langkah rakan-rakan yang lebih awal berbuat demikian.

Akhirnya pada pertengahan bulan Mac 2009, saya menamatkan perkhidmatan di Best 104 selepas memberi satu bulan notis. Maka berakhirlah riwayat seorang DJRadio yang menggunakan nickname DjEmR.

Di situlah detik bermula saya menggunakan nama DjSenja. Nama yang dirasakan amat selesa dan mudah diingati. Lebih penting nama itu mengingatkan diri bahawa waktu senja itu amat singkat dan terbatas. Ianya menjadi pemisah kepada waktu siang dan malam. Sekaligus menjadikan saya lebih waspada dan berhati-hati dalam setiap tindakan. Waktu senja juga sebenarnya membuatkan  ramai yang keliru atau dikelirukan.

Namun saya syukur, nama DjSenja membuatkan saya lebih dikenali khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah yang saya asuh dalam Bengkel Asas Penyiaran. Mereka sudah tidak kekok memanggil nama itu malah telah mewujudkan suatu kemesraan yang tidak pernah saya alami ketika bersama peminat DjEmR dulu.

Untuk rakan-rakan yang masih bersama Best 104, saya doakan kesejahteraan kalian. Nama saya mungkin sudah terpadam daripada ingatan kalian namun ketahuilah saya sebenarnya sudah cukup lama bersedia untuk menerima hakikat tersebut. Malah beberapa tahun sebelum berhenti, telah saya sematkan jauh di sudut hati, bahawa sebaik sahaja kita melangkah meninggalkan title DJRADIO, maka saat itu bersedialah untuk dilupakan. Dan perkara itu benar-benar terjadi. Malah saya sudah tidak mahu memikirkannya lagi. Biarlah ianya abadi di lipatan sejarah sebagai suatu episod dalam kehidupan yang indah untuk diingati sekali-sekala.