Posts Tagged ‘radio sekolah’

Selamat Hari Guru

Sunday, May 16th, 2010

Salam siaran..

Kepada semua guru, cikgu dan pendidik yang pernah mengajarkan walau sepatah perkataan kini menjadi ilmu yang sangat berguna, terima kasih! Semoga kalian dilimpahi kerahmatan dan kebahagiaan. Sentiasa tenang melalui perjalanan hidup ini sebagaimana tenangnya dan ikhlasnya jiwamu dan hati nuranimu ketika berkongsi ilmu dengan anak-anak muridmu suatu waktu dahulu.

Ikhlas daripada anak-anak muridmu

Terharu…

Friday, May 14th, 2010

Salam siaran

Itulah yang tergambar, apabila melihat respon daripada rakan facebook yang telah menghulurkan sumbangan untuk adik-adik/anak-anak kita yang bakal beraksi di Plaza Angsana nanti. Pada mulanya saya berbelah bagi untuk meletak note yang bertajuk Kami Mencari Penyumbang Hadiah di laman sosial terbesar itu.

Banner karnival 4 Terharu...

Datanglah Beramai-Ramai

Maklumlah bimbang kalau dikatakan peminta sedekah pula. Tetapi demi anak-anak/adik-adik itu, saya lakukan walau muka rasa tebal seinci rasanya. Kami memang terdesak berikutan bajet yang begitu ketat. Saya memikirkan alangkah hampanya peserta yang bertanding kelak andainya selepas berhempas pulas berlatih sehinggalah ke hari persembahan, tiada pula hadiah atau ganjaran buat mereka.

Memang bukan itu yang ditagih, tetapi sekurang-kurangnya menjadi  dorongan dan galakan supaya mereka lebih bersemangat lagi. Jadi, ruang yang saya nampak hanyalah dengan cara ‘mengadu nasib’ kepada rakan-rakan Facebook.

Syukur Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima sangat positif. Sehingga ada yang menyarankan supaya saya meletakkan no akaun bank supaya mudah bagi sesiapa yang berhajat menyumbang tanpa perlu menghubungi sesiapa.(pada mulanya saya tak letak, bimbang disalah anggap).

Kini kami (Fitrah Media Enterprise dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru – PPDJB-sudah boleh menarik nafas sedikit lega. Bagi kami jumlah bukanlah ukuran, tetapi keikhlasan itu yang lebih diutamakan.

Kepada rakan-rakan yang telah memberikan sumbangan, tiada perkataan lain yang dapat kami titipkan selain ucapan terima kasih tidak terhingga. Keluhuran budi kalian tidak terdaya kami membalasnya. Hanya pada Allah S.W.T kami serahkan segalanya.

SK SURIA 111 Terharu...Inilah gambar tahun 2006 ketika Bengkel Asas Penyiaran berlangsung di Sekolah Kebangsaan Taman Suria Johor Bahru

Apa yang pasti sumbangan kalian baik berapa jua jumlahnya, sangat-sangat menggembirakan hati anak-anak itu. Mereka merasakan apa yang mereka lakukan selama ini mendapat sokongan dan restu daripada anda semua.

Cuma satu yang ingin kami jelaskan, walaupun mereka menggunakan platform broadcasting sebagai landasan mencanai idea dan kreativiti, tetapi ianya tetap berorientasikan pendidikan. Unsur hiburan hanyalah sebagai penyeri acara bagaikan rempah ratus yang menaikkan aroma masakan :-)

InsyaAllah! Suatu hari nanti mereka ini bakal mengambil tempat menggantikan nama-nama besar dalam penyiaran radio di negara kita. Berkat bimbingan, kepercayaan dan peluang yang tersedia, sesungguhnya mereka boleh pergi jauh berbekalkan bakat yang dimiliki.

Sama-samalah kita doakan.

Saya Tewas Dengan Dunia Baru

Wednesday, February 3rd, 2010

Salam Siaran

Saya berada lebih 14 tahun dalam bidang penyiaran Malaysia. Hampir keseluruhan masa saya meneraju beberapa program di radio tradisional (radio FM). Pendek kata pengalaman di situ memang banyak terkumpul. Namakan saja apa bentuk program radio, boleh dikatakan telah saya cuba.

Dari program berbentuk santai dan ringan, menjadi DjKonti, one man showDj, program berbentuk berita, temubual, lintas langsung, carta lagu popular, Interview artis popular, VVIP sehinggalah program sastera dan permasalahan sosial, semua telah saya cuba.

Alhamdulillah, saya mampu melakukannya berkat kesabaran, ingin belajar dan sentiasa meminta tunjuk ajar daripada orang-orang yang lebih senior.

TETAPI,.. apabila saya memasuki dunia RadioOnline atau lebih mesra disebut RadioInternet, segalanya berubah. Saya seakan memasuki dunia baru. Orang-orang di sini tidak saya kenali dan lebih parah lagi mereka juga tidak mengenali saya. Mereka bukan pendengar saya di radio FM dulu. Mereka ini asing bagi saya dan saya asing bagi mereka!

Lalu apa yang harus saya lakukan?

Mahu atau tidak saya perlu bermula dari bawah. Start from basic. Ya benar segalanya harus dimulakan dari A walaupun hakikatnya saya sudah hampir sampai ke Z di dunia offline(radio FM). Di sini segalanya berbeza. Orang tidak akan pandang kita kalau kita tidak ada kredibiliti.  Ya saya kini sedar, saya mesti rebranding nama saya. Saya mesti kelihatan mesra dengan dunia baru ini. Kelibat saya mesti harus sering kelihatan di kalangan mereka.Di mana tempat mereka berkumpul? Ya di forum-forum, di laman sembang komuniti, di Facebook , berYM dan banyak lagi..

Itulah yang harus saya lakukan dalam melayari dunia baru saya menjadi DjRadioInternet. Walaupun belum begitu mahir dengan rentak dunia baru ini, namun saya tidak mengalah dan akan terus belajar. Mudah-mudahan anda semua di luar sana akan bersedia memberi peluang kepada saya untuk mendalami dunia baru ini. Kerana kini saya sebenarnya  makin seronok dengan dunia baru saya ini:)

Bengkel Asas Penyiaran

Monday, August 3rd, 2009

Salam Siaran

Agak lama selepas Bengkel di SIGS, kami berehat. Kini tiba pula giliran SK Tasek Utara. Semuanya telah cukup bersedia. Sayangnya waktu yang diberi amat terbatas.

Maksudnya pihak sekolah hanya memperuntukkan waktu sekitar 6 jam untuk bengkel selama 2 hari itu. Rasanya terlalu singkat. Namun apakan daya hanya itulah sahaja waktu luang yang mampu diperuntukkan.

Apapun kami Tean Fitrah Media akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dan mempergunakan masa yang ada sebaik mungkin.

Selamat berbengkel kepada semua ahli kelab Media SK Tasek Utara.
Jumpa anda nanti…

Kuasa Suara; Aset Yang Amat Bernilai

Wednesday, July 15th, 2009

Salam siaran

Suara adalah suatu anugerah yang begitu istimewa dari Yang Maha Pencipta kepada insan di dunia ini. Bayangkan kalau ditarik balik anugerah suara ini, maka hilanglah satu nikmat dalam hidup kita.

Kenapa DjSenja memulakan post kali ini dengan bercakap mengenai suara. Ya kerana suara mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seseorang. Anda mungkin boleh menjadi terkenal hanya berbekalkan suara yang lunak dan memukau.

Contohnya banyak disekeliling kita. Lihat saja penyanyi yang mempunyai suara yang hebat walaupun wajah bukan dalam kategori jelita atau kacak, tetapi masih mampu mengumpul peminat gara-gara mempunyai suara yang boleh ‘pukul habis’.

Kalau nak bagi contoh, cuba dengar vokal Adibah Noor, Dayang Nurfaezah, Aizat.. (sekadar beberapa nama) mereka bukanlah dalam kelopok artis jelita atau kacak, tetapi ramai akur mereka memiliki lantunan suara hebat apabila
menyanyi.

Dayang Nurfaezah, Aizat da Adibah Noor. Mereka ada cara tersendiri memikat khalayak menggunakan kelebihan suara yang dimiliki

Dayang Nurfaezah, Aizat da Adibah Noor. Mereka ada cara tersendiri memikat khalayak menggunakan kelebihan suara yang dimiliki

Begitu jugak halnya dengan DJ DJ radio yang terkenal di negara kita macam Linda Onn, Abby Fana, Farra fauzana, Faizal Ismail, Najman dan ramai lagi. Mereka semua mampu membina kerjaya yang cemerlang dengan berbekalkan suara.

Dalam skop yang lebih luas, pakar motivasi, Uztaz Ustazah yang menjadi penceramah bebas, promoter di pasaraya, dj orang kahwin, ahli politik, pak menteri sehinggalah penjual ubat di kaki lima mereka semuanya cari makan menggunakan suara.

Jadi bersyukur sangatlah kalau kita memiliki suara yang merdu dan memikat, dan dalam masa yang sama dengan berbekalkan suara itu mampu pulak menjadikaan kita seorang yang terkenal dan dikagumi. Lebih daripada itu, berbekalkan suara yang sama, boleh pulak menjana pendapatan kepada sipemiliknya sehingga mencecah nilai ribuan malah puluhan ribu ringgit. Wow!.. mesti anda teruja! Hakikatnya itulah yang berlaku kepada kami yang hidup dengan menjual suara.

Berdasarkan pengalaman penulis yang bekerja ‘menjual suara’ sebagai dj radio selama hampir 14 tahun, kejaya ini sebenarnya sesuatu yang amat menyeronokkan. Di samping dapat memenuhi minat dalam masa yang sama dapat pulak menyara keluarga dengan kemahiran dan kelebihan suara yang
dimiliki itu.

Namun kelebihan memiliki suara yang hebat sahaja tidak memadai kalau tidak disusuli dengan usaha bersungguh-sungguh mempelajari teknik demi teknik untuk menjadikan ianya suatu aset yang boleh dijadikan sumber pendapatan. Menerusi bengkel Asas Penyiaran yang penulis jalankan kepada pelajar-pelajar sekolah disekitar Bandaraya Johor Bahru ini, sering diberikan tips-tips rahsia bagaimana mengeksploitasikan anugerah suara ini sehingga menjadi suatu harta yang amat bernilai.

Dalam post yang akan datang khusus untuk pembaca blog ini, akan Djsenja kongsikan beberapa tips dan idea menarik mengenai suara ini, yang boleh anda aplikasikan sendiri dalam kehidupan seharian selaras dengan target dan sasaran anda.

Sehingga berjumpa lagi,. saya bukakan kepada anda bertanyakan sebarang kemuskilan (InsyaAllah, mana yang mampu saya jawab… kerana sayapun masih dalam proses belajar).

Adakah selama ini anda menyedari potensi suara yang anda miliki mampu memberikan pulangan dalam bentuk pendapatan atau sebaliknya?

Sila penuhkan ruangan komen di bawah dengan pendapat bernas daripada anda. Semoga perkongsian ilmu ini mampu membuka lebih banyak ruang untuk kita semua meneroka satu lagi peluang menempa kejayaan.

Sampai jumpa lagi. Wassalam.