Posts Tagged ‘ppdjb’

‘Berangkut’ Ke PERSADA

Friday, June 18th, 2010

Salam Siaran

InsyaAllah kalau tiada apa-apa aral melintang, Team FuhYooFM akan berangkut (mengangkut barang-barang) ke Pusat Konvension Persada Johor pada petang hari Ahad nanti. Penulis pula akan ke Kuala Lumpur menemani isteri yang akan berkonvo di PWTC pada Ahad dan Isnin depan. Hari Selasa baru balik semula ke  Johor.. Begitulah planningnya.. mohon dipermudahkan segala urusan.

Nak cerita sikit mengenai program di Persada Johor. Program ini diberi nama MISTI Johor 2010 (Minggu Sains Teknologi dan ICT)). Bermula 21-27 June 2010. 21 adalah hari perasmian. YAB Dato’ Menteri Besar dijangkan akan rasmikan mijlis ni. Orang ramai sudah boleh mula datang tengok pameran bermula 22 June 2010. Setiap hari sepanjang MISTI ada banyak acara disediakan.

Paling best cabutan nombor bertuah. Datang jer boleh dapat hadiah. Syaratnya mendaftarlah dulu ye.. .. Kalau tak daftar tak dapat nak nolong .. hehehe…

Di antara yang best lagi, khas untuk adik2 anak2 boleh jumpa Ipin dan Upin.. Ambiklah peluang ni untuk bermesra dengan mereka, 2 ikon yang begitu popular di kalangan budak2 ya.

Boleh juga berjumpa angkasawan negara Dr Faiz Khaleed. Mesti anak2 kita suka ya..

Banyak juga hadiah yang perlu dimenangi. Hanya jawab kuiz mudah dah boleh menang hadiah. Siapa tak nakkan.

Jadi sama-samalah kita serbu Persada Johor pulak ya pada tarikh yang telah DjSenja beritahu tadi. Owh! Ya.. Jangan lupa Radio Internet FuhyooFM akan berada di sana sepanjang acara berlangsung. Dj kami kalangan pelajar2 Kelab Media Radio Sekolah (KEMRADS) akan mengendalikan sepenuhnya siaran sepanjang acara berlangsung.

Jadi, rasanya tak perlulah Djsenja tulis panjang-panjang kat sini. Kalau ada masa dan kelapangan waktu, datang saja ke Persada Johor pada 22-27 June ini untuk bersama Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor 2010. Jangan lupa cari saya kalau anda ke MISTI ya..

Terharu…

Friday, May 14th, 2010

Salam siaran

Itulah yang tergambar, apabila melihat respon daripada rakan facebook yang telah menghulurkan sumbangan untuk adik-adik/anak-anak kita yang bakal beraksi di Plaza Angsana nanti. Pada mulanya saya berbelah bagi untuk meletak note yang bertajuk Kami Mencari Penyumbang Hadiah di laman sosial terbesar itu.

Banner karnival 4 Terharu...

Datanglah Beramai-Ramai

Maklumlah bimbang kalau dikatakan peminta sedekah pula. Tetapi demi anak-anak/adik-adik itu, saya lakukan walau muka rasa tebal seinci rasanya. Kami memang terdesak berikutan bajet yang begitu ketat. Saya memikirkan alangkah hampanya peserta yang bertanding kelak andainya selepas berhempas pulas berlatih sehinggalah ke hari persembahan, tiada pula hadiah atau ganjaran buat mereka.

Memang bukan itu yang ditagih, tetapi sekurang-kurangnya menjadi  dorongan dan galakan supaya mereka lebih bersemangat lagi. Jadi, ruang yang saya nampak hanyalah dengan cara ‘mengadu nasib’ kepada rakan-rakan Facebook.

Syukur Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima sangat positif. Sehingga ada yang menyarankan supaya saya meletakkan no akaun bank supaya mudah bagi sesiapa yang berhajat menyumbang tanpa perlu menghubungi sesiapa.(pada mulanya saya tak letak, bimbang disalah anggap).

Kini kami (Fitrah Media Enterprise dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru – PPDJB-sudah boleh menarik nafas sedikit lega. Bagi kami jumlah bukanlah ukuran, tetapi keikhlasan itu yang lebih diutamakan.

Kepada rakan-rakan yang telah memberikan sumbangan, tiada perkataan lain yang dapat kami titipkan selain ucapan terima kasih tidak terhingga. Keluhuran budi kalian tidak terdaya kami membalasnya. Hanya pada Allah S.W.T kami serahkan segalanya.

SK SURIA 111 Terharu...Inilah gambar tahun 2006 ketika Bengkel Asas Penyiaran berlangsung di Sekolah Kebangsaan Taman Suria Johor Bahru

Apa yang pasti sumbangan kalian baik berapa jua jumlahnya, sangat-sangat menggembirakan hati anak-anak itu. Mereka merasakan apa yang mereka lakukan selama ini mendapat sokongan dan restu daripada anda semua.

Cuma satu yang ingin kami jelaskan, walaupun mereka menggunakan platform broadcasting sebagai landasan mencanai idea dan kreativiti, tetapi ianya tetap berorientasikan pendidikan. Unsur hiburan hanyalah sebagai penyeri acara bagaikan rempah ratus yang menaikkan aroma masakan :-)

InsyaAllah! Suatu hari nanti mereka ini bakal mengambil tempat menggantikan nama-nama besar dalam penyiaran radio di negara kita. Berkat bimbingan, kepercayaan dan peluang yang tersedia, sesungguhnya mereka boleh pergi jauh berbekalkan bakat yang dimiliki.

Sama-samalah kita doakan.