Posts Tagged ‘fuhyoofm’

‘Berangkut’ Ke PERSADA

Friday, June 18th, 2010

Salam Siaran

InsyaAllah kalau tiada apa-apa aral melintang, Team FuhYooFM akan berangkut (mengangkut barang-barang) ke Pusat Konvension Persada Johor pada petang hari Ahad nanti. Penulis pula akan ke Kuala Lumpur menemani isteri yang akan berkonvo di PWTC pada Ahad dan Isnin depan. Hari Selasa baru balik semula ke  Johor.. Begitulah planningnya.. mohon dipermudahkan segala urusan.

Nak cerita sikit mengenai program di Persada Johor. Program ini diberi nama MISTI Johor 2010 (Minggu Sains Teknologi dan ICT)). Bermula 21-27 June 2010. 21 adalah hari perasmian. YAB Dato’ Menteri Besar dijangkan akan rasmikan mijlis ni. Orang ramai sudah boleh mula datang tengok pameran bermula 22 June 2010. Setiap hari sepanjang MISTI ada banyak acara disediakan.

Paling best cabutan nombor bertuah. Datang jer boleh dapat hadiah. Syaratnya mendaftarlah dulu ye.. .. Kalau tak daftar tak dapat nak nolong .. hehehe…

Di antara yang best lagi, khas untuk adik2 anak2 boleh jumpa Ipin dan Upin.. Ambiklah peluang ni untuk bermesra dengan mereka, 2 ikon yang begitu popular di kalangan budak2 ya.

Boleh juga berjumpa angkasawan negara Dr Faiz Khaleed. Mesti anak2 kita suka ya..

Banyak juga hadiah yang perlu dimenangi. Hanya jawab kuiz mudah dah boleh menang hadiah. Siapa tak nakkan.

Jadi sama-samalah kita serbu Persada Johor pulak ya pada tarikh yang telah DjSenja beritahu tadi. Owh! Ya.. Jangan lupa Radio Internet FuhyooFM akan berada di sana sepanjang acara berlangsung. Dj kami kalangan pelajar2 Kelab Media Radio Sekolah (KEMRADS) akan mengendalikan sepenuhnya siaran sepanjang acara berlangsung.

Jadi, rasanya tak perlulah Djsenja tulis panjang-panjang kat sini. Kalau ada masa dan kelapangan waktu, datang saja ke Persada Johor pada 22-27 June ini untuk bersama Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor 2010. Jangan lupa cari saya kalau anda ke MISTI ya..

Cabaran SMK St Joseph

Thursday, May 20th, 2010

Salam siaran

Petang tadi jalan-jalan ke sekolah St. Joseph. Budak-budak tu sibuk berlati! Kebtulan.. Dah terlanjur kami (DjSenja&HBO) datang, sekali cikgu Hj Md Nor minta kami tolong guide pelajar dia.

Alahai.. dah jadi juri tak bertauliah pulak! Kalau sekolah lain tau ni… ish! sh! nahas kami.  Tapi kami tak kisah sebenarnya. Kalau dipanggil ya datang. Kalau tak dipanggil ya bagaimana….(bunyi macam slank Abon .. hehe)

Wah! Bukan main bersemangat lagi budak-budak tu. Tak sangka sampai macam tu sekali. Nak tebus tahun lepas punya kot. (tahun lepas diaorang dapat no 4- sebab SMK BBU bolot tempat pertama dan kedua)

Oklah tak nak cakap banyak. Lihat sendiri semangat mereka dalam video ni..enjoyy!

Selamat Hari Guru

Sunday, May 16th, 2010

Salam siaran..

Kepada semua guru, cikgu dan pendidik yang pernah mengajarkan walau sepatah perkataan kini menjadi ilmu yang sangat berguna, terima kasih! Semoga kalian dilimpahi kerahmatan dan kebahagiaan. Sentiasa tenang melalui perjalanan hidup ini sebagaimana tenangnya dan ikhlasnya jiwamu dan hati nuranimu ketika berkongsi ilmu dengan anak-anak muridmu suatu waktu dahulu.

Ikhlas daripada anak-anak muridmu

Terharu…

Friday, May 14th, 2010

Salam siaran

Itulah yang tergambar, apabila melihat respon daripada rakan facebook yang telah menghulurkan sumbangan untuk adik-adik/anak-anak kita yang bakal beraksi di Plaza Angsana nanti. Pada mulanya saya berbelah bagi untuk meletak note yang bertajuk Kami Mencari Penyumbang Hadiah di laman sosial terbesar itu.

Banner karnival 4 Terharu...

Datanglah Beramai-Ramai

Maklumlah bimbang kalau dikatakan peminta sedekah pula. Tetapi demi anak-anak/adik-adik itu, saya lakukan walau muka rasa tebal seinci rasanya. Kami memang terdesak berikutan bajet yang begitu ketat. Saya memikirkan alangkah hampanya peserta yang bertanding kelak andainya selepas berhempas pulas berlatih sehinggalah ke hari persembahan, tiada pula hadiah atau ganjaran buat mereka.

Memang bukan itu yang ditagih, tetapi sekurang-kurangnya menjadi  dorongan dan galakan supaya mereka lebih bersemangat lagi. Jadi, ruang yang saya nampak hanyalah dengan cara ‘mengadu nasib’ kepada rakan-rakan Facebook.

Syukur Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima sangat positif. Sehingga ada yang menyarankan supaya saya meletakkan no akaun bank supaya mudah bagi sesiapa yang berhajat menyumbang tanpa perlu menghubungi sesiapa.(pada mulanya saya tak letak, bimbang disalah anggap).

Kini kami (Fitrah Media Enterprise dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru – PPDJB-sudah boleh menarik nafas sedikit lega. Bagi kami jumlah bukanlah ukuran, tetapi keikhlasan itu yang lebih diutamakan.

Kepada rakan-rakan yang telah memberikan sumbangan, tiada perkataan lain yang dapat kami titipkan selain ucapan terima kasih tidak terhingga. Keluhuran budi kalian tidak terdaya kami membalasnya. Hanya pada Allah S.W.T kami serahkan segalanya.

SK SURIA 111 Terharu...Inilah gambar tahun 2006 ketika Bengkel Asas Penyiaran berlangsung di Sekolah Kebangsaan Taman Suria Johor Bahru

Apa yang pasti sumbangan kalian baik berapa jua jumlahnya, sangat-sangat menggembirakan hati anak-anak itu. Mereka merasakan apa yang mereka lakukan selama ini mendapat sokongan dan restu daripada anda semua.

Cuma satu yang ingin kami jelaskan, walaupun mereka menggunakan platform broadcasting sebagai landasan mencanai idea dan kreativiti, tetapi ianya tetap berorientasikan pendidikan. Unsur hiburan hanyalah sebagai penyeri acara bagaikan rempah ratus yang menaikkan aroma masakan :-)

InsyaAllah! Suatu hari nanti mereka ini bakal mengambil tempat menggantikan nama-nama besar dalam penyiaran radio di negara kita. Berkat bimbingan, kepercayaan dan peluang yang tersedia, sesungguhnya mereka boleh pergi jauh berbekalkan bakat yang dimiliki.

Sama-samalah kita doakan.

Cabaran 120 Jam Keudara Tanpa Henti NegeriFM

Friday, March 26th, 2010

Salam Siaran

Esok 27 Mac 2010 jam 9 pagi, dua orang rakan DjNegeriFM (Radio Negeri Sembilan) Shah dan Lela akan memulakan cabaran bersiaran diudara selama 120 jam tanpa henti. Cabaran ini akan berlangsung selama 5 hari dan hanya akan berakhir pada 1 April 2010.  Kita sama-sama doakan  mereka berdua diberi kekuatan menggalas tugas berat ini sekaligus mencatat rekod sebagai djradio atau penyampai radio paling lama keudara tanpa henti. Cabaran ini sempena ulangtahun ke-64 RTM.

krew4 Cabaran 120 Jam Keudara Tanpa Henti NegeriFMSemangat dan keberanian dua orang Dj muda dari NegeriFM ini mengingatkan saya kepada bekas boss saya ketika di Best 104 dulu iaitu DjBBD yang pernah melakukan tindakan serupa hampir 10 tahun lalu.  Ya! rekod sebelum ini dipegang oleh  En. Borhan Moktarudin (DjBBD) yang telah berjaya keudara selama 104 jam tanpa henti secara solo dan manual pada 02 Okt 2000.

DJ Burhan Mohtarrudin, juga dikenali sebagai BBD, dianugerahkan sebagai penyampai di udara terpanjang di dunia selama 104 jam, dari 12:00 tengah malam 2 Oktober 2000 hingga jam 8:00 pagi 6 Oktober 2000. - Petikan wikipedia

104 print 23 Cabaran 120 Jam Keudara Tanpa Henti NegeriFM

Masih ingat lagi masa tu betapa BBD berhempas pulas bagaikan bersabung nyawa demi mencapai misi 104 jam tanpa henti. Makan tidur dan segala aktiviti harian dilakukan di dalam konti. Wakil daripada The Malaysia Book Of Record sentiasa memantau pergerakkan beliau sepanjang masa. Untuk jangkamasa 4 jam bersiaran, beliau hanya diberi perlepasan selama 15 minit untuk berehat. Itulah masa untuk makan, tidur sekajap, solat dan sebagainya. Begitulah berterusan selama 4 hari. Akhirnya pada pagi 6 Okt 2000, beliau berjaya melengkapkan cabaran tersebut. Keadaannya hanya Allah sajalah yang tahu.  Sebaik berakhir cabaran 104 jam tanpa henti, hanya satu perkataan yang terpacul daripada mulut beliau; “ Aku nak tidur puas-puas” :) .

Pihak pengurusan selepas itu memberi beliau cuti rehat selama seminggu. Itulah kisahnya bekas ketua saya BBD dengan cabaran 104 jamnya tanpa henti secara solo dan manual. Maknanya beliau masa tu menggunakan sepenuhnya peralatan manual daripada memainkan lagu menggunakan CD player, memainkan iklan, promo, jinggle dan sebagainya menggunakan cartrij sehinggalah bercakap diudara tanpa sebarang bantuan peralatan moden seperti komputer dan sebagainya.  Kini semua itu hanya tinggal kenangan yang amat indah untuk diingati sekali-sekala.

Kepada DjShah dan DjLela, kalau boleh satu saja yang ingin saya pesan, tugas ini bukan mudah! Segalanya terletak pada kekuatan mental dan semangat anda berdua. Kalian beruntung kerana berpeluang melakukan sesuatu yang ramai orang di luar sana teringin melaukannya, tetapi tidak  berpeluang. Kini kalian mendapat peluang itu dan lakukanlah yang terbaik. Ingat! Ianya bukan mudah dan bukan pula mustahil. All the Best!..

P/s: DjHalim Othman (kini di SuriaFM) pernah melakukan cabaran serupa ketika bersama stesen radio ERAFM.