Dengar Radio
Salam Siaran dan Selamat Tahun Baru 2010

Maaf lama tidak mengupdate blog ini. Saya agak sebuk dengan program Radio internet FuhyooFM dot com. Maklumlah sekarang para blogger n IM kat JB ni dah selalu singgah kat konti FuhyooFM. Ada yang dah jadi DJpun. Tapi dia orang DeeJay bebas jer. Macam Bro Zamrin.com, Bro Rohaizad.com dan Bro Smartzul dari smartusaha.com. Kalau anda nak tahu cerita mereka(kami gelarkan DeeJay Blogger n IM), silalah melawat blog radio internet ini.
Di bawah ini saya letak player Radio Internet FUHYOOFM dot com. Bila anda bukak blog ini, anda akan terus mendengar audio streaming secara langsung daripada radio ini. Kat player tu ada butang ON/OFF. Jadi kalau anda tak mahu diganggu oleh audio tersebut anda hanya perlu tekan butang OFF. Dan kalau nak dengar balik boleh klik butang ONN atau refresh saja dengan menekan F5 di papan kekunci anda.
Semoga terhibur bersama kami di Fuhyoofm dot com.
P/s: PERHATIAN! Audio yang anda dengar daripada Player di atas menggunakan 40 kbps Stereo. Kualiti bunyinya tidaklah sama dengan radiofm. Kalau ingin mendengarkan audio yang lebih baik sila dapatkan cakera padat lagu-lagu berkenaan atau DOWNLOAD SECARA SAH daripada pihak pengeluar. Terima kasih.



