Archive for the ‘MISTI JOHOR 2010’ Category

‘Berangkut’ Ke PERSADA

Friday, June 18th, 2010

Salam Siaran

InsyaAllah kalau tiada apa-apa aral melintang, Team FuhYooFM akan berangkut (mengangkut barang-barang) ke Pusat Konvension Persada Johor pada petang hari Ahad nanti. Penulis pula akan ke Kuala Lumpur menemani isteri yang akan berkonvo di PWTC pada Ahad dan Isnin depan. Hari Selasa baru balik semula keĀ  Johor.. Begitulah planningnya.. mohon dipermudahkan segala urusan.

Nak cerita sikit mengenai program di Persada Johor. Program ini diberi nama MISTI Johor 2010 (Minggu Sains Teknologi dan ICT)). Bermula 21-27 June 2010. 21 adalah hari perasmian. YAB Dato’ Menteri Besar dijangkan akan rasmikan mijlis ni. Orang ramai sudah boleh mula datang tengok pameran bermula 22 June 2010. Setiap hari sepanjang MISTI ada banyak acara disediakan.

Paling best cabutan nombor bertuah. Datang jer boleh dapat hadiah. Syaratnya mendaftarlah dulu ye.. .. Kalau tak daftar tak dapat nak nolong .. hehehe…

Di antara yang best lagi, khas untuk adik2 anak2 boleh jumpa Ipin dan Upin.. Ambiklah peluang ni untuk bermesra dengan mereka, 2 ikon yang begitu popular di kalangan budak2 ya.

Boleh juga berjumpa angkasawan negara Dr Faiz Khaleed. Mesti anak2 kita suka ya..

Banyak juga hadiah yang perlu dimenangi. Hanya jawab kuiz mudah dah boleh menang hadiah. Siapa tak nakkan.

Jadi sama-samalah kita serbu Persada Johor pulak ya pada tarikh yang telah DjSenja beritahu tadi. Owh! Ya.. Jangan lupa Radio Internet FuhyooFM akan berada di sana sepanjang acara berlangsung. Dj kami kalangan pelajar2 Kelab Media Radio Sekolah (KEMRADS) akan mengendalikan sepenuhnya siaran sepanjang acara berlangsung.

Jadi, rasanya tak perlulah Djsenja tulis panjang-panjang kat sini. Kalau ada masa dan kelapangan waktu, datang saja ke Persada Johor pada 22-27 June ini untuk bersama Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor 2010. Jangan lupa cari saya kalau anda ke MISTI ya..