Kenali Saya
Assalamualaikum WBR..
Salam Siaran 1Malaysia dan selamat meneroka blog MyDjSenja. Izinkan saya untuk memperkenalkan diri. Nama saya Mohd. Marzuki Ismail a.k.a DjSenja atau dulu ketika di Radio Best 104 Sensasi Selatan juga dikenali sebagai Abang Em R.
Kini Saya tidak lagi bersama mereka. Jadi nama Em R itupun turut terpadam daripada kamus hidup saya. Namun nama itu seakan telah sinonim dengan diri saya dan pendengar Best 104. Jadi tidak hairanlah mereka masih memanggil saya dengan nama itu kalau sesekali terserempak. Tak kisahlah.
Saya secara rasminya meninggalkan Best 104 pada 1 April 2009 yang lalu selepas hampir 14 tahun berkhidmat bersama stesen radio yang dimilki oleh DYMM Baginda Tuanku Sultan Johor itu. Jawatan terakhir saya ialah sebagai Eksekutif Kanan Penyiaran Rancangan (Ketua DJ).
Kini saya berkhidmat dengan ADUN Tanjung Puteri sebagai Pengurus Media dan sekaligus membangunkan Bisness yang lebih menumpu kepada Bengkel Asas Broadcasting dan projek Radio Sekolah khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Bandaraya Johor Bahru ini.
Di sinilah bermulanya pemakaian nama DjSenja yang begitu dekat di hati bekas peserta bengkel, malah jujur saya katakan, saya juga senang dengan nama itu. Malah saya telah bertekad untuk membina nama di dunia siber menggunakan nama tersebut. Manalah tahu ada tuahnya,.. doa2kanlah yer..
Selain daripada menjalankan Bengkel Asas Penyiaran, kami juga turut terlibat mengendalikan operasi Radio Internet Fuhyoofm yang turut menumpu kepada pengisian proggram Radio sekolah. Fuhyoofm kini bersiaran 24 jam secara autodj selepas berjaya menjalin kerjasama (JV) dengan Cikgu Azim – pemilik radio internet Chatzfm yang beroperasi dari Tanjung Malim, Perak.
Jadi di dalam blog MyDjSenja ini, pengisiannya lebih fokus kepada aktiviti Bengkel Asas Penyiaran dan Radio Sekolah. Juga akan diisikan dengan tips2 menarik bidang broadcasting, berita terkini dan segala yang berkaitan dengan bidang penyiaran yang relevan dengan golongan sasar kami iaitu budak sekolah dan warga pendidik.
Harapan kami agar blog MyDjSenja ini akan menjadi medan perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada anda semua yang begitu mencintai bidang penyiaran ini.
Sekian.
Sekian Wassalam.



