
Salam Siaran
Saya sering menerima emel daripada usahawan internet mempromosikan produk jualan mereka. Adakalanya rimas jugak. Kalau saya rasa nak bukak saya bukaklah. Kalau tidak saya abaikan saja. Bukan ada orang nak marahkan! Emel kita.
Biasanya emel yang saya bukak adalah daripada nama-nama yang telah ‘berjasa’ kepada saya. Apa maksudnya itu. Siapa saya sehingga mereka sanggup nak buat jasa.
Baik begini. Memang saya bukan siapa-siapa. Saya hanya insan biasa sama macam anda. Bezanya mungkin saya telah terbeli banyak sangat ebook yang dijual IM IM tempatan. Sebutlah nama mereka, rasanya ebok mereka tu ada ‘bertapa’ dalam hardisc komputer saya.
Sebabnya saya telah mula menjadi pembeli ebook yang ‘aktif’ sejak beberapa tahun lalu. Nak cakap sejak bilapun malu. Yelah orang asyik bercakap dah mula menjana pendapatan sejak sekian-sekian lama. Saya pulak telah menjadi pembeli ebook aktif sejak bertahun-tahun lamanya.
Anda mungkin tidak mengalami nasib seperti saya. Tahniah! kerana anda lebih bijak dan lebih tahu menilai. Saya amat menyarankan, anda jangan jadi seperti saya. Teruskan dengan pendirian anda itu, yang tidak mudah termakan pujuk surat-surat jualan yang melampau-lampau ‘indahnya’.
Ada ayat-ayat promosi yang menjadikan kita seolah-olah berada di awang-awangan. Pendek kata kalau beli produk mereka, settle semua masalah. Tapi hakikatnya tidaklah begitu wahai rakan-rakanku.
Bukanlah saya mengajak anda boikot semua ebook yang dijual IM IM tempatan. Cuma saya tak nak anda jadi seperti saya. Mudah sangat termakan pujuk akhirnya satu habukpun tak ada.
Itulah sebabnya kebelakangan ini saya hanya akan membuka emel daripada IM yang telah banyak berjasa kepada saya. Yang lebih penting IM itu amat saya kenali (walaupun hakikatnya mereka tak kenal saya.. hehe)
Ciri-ciri IM yang banyak berjasa kepada saya:
- Rajin mengirim info berguna mengenai Internet Marketing
- Rajin bertanya khabar dengan sapaan yang mesra sekali (dulu sebelum mengenali e mail autoresponder, saya ingat emel tu untuk saya sorang saja.. perasan!)
- Rajin menjawab/membalas emel saya(bukan selalupun saya hantar emel; saya tahu mereka sibuk! Itupun kalau ada bab-bab yang saya tak faham, saya emellah.)
- Rajin memberi support bila diperlukan. (Bukan mudah nk buat bab yang ni)
Ciri-ciri IM yang tidak berjasa langsung kepada saya(saya panggil IM Mengena)
- Rajin menghantar info mengenai ebook-ebook terbaru yang dijual dengan harga yang melampau-lampau mahalnya.
- Rajin menghantar info-info yang di copy&paste dari web jualan ebook recycle. Bila baca balik.. eh! macam dah pernah dengar je .. ooo rupanya diceduk dari ebook yang terdahulu. Kalau ditranslate daripada artikel Bahasa Inggeris tu masih ok lagi. Saya yang memang kurang faham membaca info dari BI ni masih boleh terima sebagai bermanfaat. Ini tak copy dari ebook sebelum ni, tukar ayat sikit, bagi cover lawa-lawa, jual dengan harga beratus RM. Fuh! mudahnya.
- Rajin menghantar link PROMOSI!.. PROMOSI!… PROMOSI!… Tak habis-habis. Ingat kita ni iklaneka ker!
Ini pula IM yang banyak berjasa kepada saya. (Nak senarai satu-satu ker? Tak perlu rasanya. Biar saya senaraikan seorang saja. Bukan bermakna yang lain-lain tu langsung tidak berjasa. Cuma yang seorang ini telah berjaya kembali membuka pintu hati saya untuk membeli ebook. (Telah saya katakan di awal tadi, kebelakangan ini saya jarang membuka emel yang mempromosikan ebook terbaru di pasaran.)
Tetapi bila saya dapat emel dari IM yang seorang ini, saya terus buka! Sebabnya sebelum ini dia telah banyak bagi macam-macam info mengenai dunia internet marketing ini. Dari Toturial, tips, cadangan sehinggalah bagi softwere secara percuma. Semuanya di letak di blog beliau dan hanya dengan satu klik saya boleh belajar macam-macam.
Itulah sebabya bila sesekali dia hantar emel promosi (dia tidak berselindung, dia cakap terus terang tujuan dia menghantar emel adalah untuk mempromosikan ebook terbarunya dan ebook itu bukan percuma tetapi berbayar!) saya terus buka.
Dipendekkan cerita (dah panjangpun sebenarnya:) ), selepas saya khatam menghadham ebooknya itu, memang tepatlah ianya amat membantu. Yang penting saya boleh terus buat ikut toturial dalam ebook tu. Hanya ikut saja segala tips dan panduan yang diberikan, tak perlu nak try&eror lagi.
Tapi satu yang amat menyedihkan. Saya belum mendapat ‘hasil’ daripada teknik yang diaplikasikan menerusi ebook ini. Bukan! bukan itu. Saya faham, saya baru saja mencuba sekali dua masakan boleh terus berjaya. Kena sabarlah sikit. Mereka yang berjaya tu pun bukannya berlaku dalam sehari dua. Ada yang bertahun-tahun mencuba barulah dapat hasilnya.
Saya sedih sebab terlewat memberitahu anda, harga ebook ini telahpun dinaikkan. Masa saya beli hari tu cuma RM60 saja. Tapi sekarang.. anda lihatlah sendiri DI SINI. Maafkan saya kerana terlalu asyik mengaplikasikan segala teknik yang diajar samapai terlupa memberitahu anda.
Harap anda tidak akan terlalu marahkan saya. Kata orang kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, betul tak? Jadi kalau anda benar-benar serious nak belajar dan meningkatkan pengetahuan mengenai pemasaran internet ini, inilah satu peluang untuk belajar salah satu cabang internet marketing yang paling mudah untuk diakukan. Ingatlah saya pun macam anda jugak. Malah lebih teruk lagi agaknya. Ingat Saya telah terbeli macam-macam ebook yang kebanyakkannya sangat susah untuk diaplikasikan. Tetapi tidak dengan yang ini.
Oh ya terlupa pulak saya nak perkenalkan IM yang saya sorang ini. Baiklah saya tak nak berahsia lagi. Ini link laman wabnya http://www.imradioads.info/ebookberjasa.
Anda berkenal-kenalanlah dengan beliau ya. Manalah tahu mungkin dia juga akan banyak berjasa kepada anda macam yang saya alami!:) Pandai-pandailah usha dia mudah-mudahan terbuka hatinya untuk membantu anda pula. Dia dah banyak membantu saya, kini giliran anda pula. Apa ditunggu lagi.!
Sekian salam kejayaan daripada DjSenja.
P/s: Maaf ya kalau ayat-ayat saya terlalu indah bunyinya. Tapi saya berpijak dibumi nyata. Memang saya boleh buat setiap cara yang ditunjukkan step by step. Saya ni bukan pandai sangat IT. Saya boleh buat, tak tahulah anda. Dia pernah cakap tahap pemahaman setiap orang tidak sama. Ia bergantung kepada banyak faktor seperti umur, tahap kesihatan dan sebagainya. Apapun saya harap anda lihatlah sendiri dan buatlah keputusan terbaik ya!