Apa Tu! Tak Tahu Nak Letak Tajuk Yang Sesuai.. huhu
Monday, February 22nd, 2010Salam siaran kepada semua pembaca blog MyDjSenja.
Terima kasih kerana terus berkunjung ke sini, walaupun saya agak jarang menupdate blog ini semenjak dua menjak ini.
Saya pasti selain blog ini, ada banyak blog lain yang kerap anda singgahi. Itu adalah satu tindakkan yang bijak kerana ia akan membantu anda mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh dijadikan bahan penulisan anda kelak, bila tiba masa nak update blog.
Tapi janganlah copy bulat-bulat ye! Ambil sahaja poin-poin penting dan olah mengikut kefahaman anda sendiri. jadi tidaklah nampak sangat entry post anda tu maca copy and paste.

Satu lagi kalau anda menyalin bulat-bulat sesuatu makumat daripada orang lain jangan lupa untuk meletak kredit kepada pemilik blog. Ramai pemilik blog yang tak kisah kalau artikel mereka dicopy oleh orang lain, tapi bagilah kredit sebagai penghargaan kepada penulis asal. Bukan mudah sebenarnya nak cari idea update blog ni. Apatah lagi kalau ianya melibatkan fakta dan perlu buat kajian.
Sudah pasti kita rasa sakit hati apabila segala usaha dan penat lelah kita disedut sewenang-wenangnya tanpa persetujuan. Bukan penghargaan yang ditagih, cukuplah sekadar diberi dihormati. Itulah ADAB namanya.
Baiklah, bagi penulis tidak menjadi masalah sangat sebenarnya dalam soal ini. Malah amat suka lagi adalah. Cuma jangan lupa letakkan kredit, sudah memadai.
Samalah jugak macam di radio. Banyak bahan-bahan yang digunakan
diambil dari sumber berita akhbar online misalnya. Tapi kami tidak lupa memberi penghargaan kepada sumber asal bahan tersebut.
Anda tentu biasa mendengar frasa ayat seperti berikut:
‘SUMBER BERITA DIPETIK DARIPADA BERNAMA‘
Itu adalah jalan selamat supaya kita tidak dituduh menciplak hasil kerja orang lain.
Oklah, dah jauh saya melalut. Apapun semoga perkongsian ini, memberi
sedikit manfaat kepada kita bersama. Kalau ada sebarang cadangan
atau nak tambah apa-apa, silalah ke bahagian komen di bawah sana.
O ya, hari ini hari Isnin. Anak-anakpun sudah kembali bersekolah semula
selepas genap seminggu bercuti sempena Tahun Baru Cina. Ramai juga di antara kita yang baru hari ini masuk pejabat semua. Wah! cuti panjang nampaknya. Tak apalah! bukan selalukan.. Semoga hari ini kita datang dengan semangat harimau ya. Maklum sajalah, di awal tahun begini, sudah tentu banyak perkara yang perlu dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan. Teruskan usaha anda tidak kiralah anda seorang pekerja, rakan kongsi atau pemilik syarikat. Laksanakan Tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan.
Salam.
———————————————————————————————–
Penulis adalah seorang konsultan dalam bidang Radio Broadcasting dan banyak teribat dalam projek Kelab Media Radio sekolah. Juga terlibat dalam menentukan hala tuju dan operasi Radio Internet FuhYooFM, stesen radio yang menjadi tempat latihan kepada pelajar-pelajar sekolah mengembangkan bakat mereka dalam bidang penyiaran radio. Penulis juga mengendalikan blog ini dan blog fuhyoofm. Sebarang pertanyaan berkaitan sila emelkan kepada djsenja66@gmail.com.
———————————————————————————————–




