Archive for December, 2009

Gempak Newbie:16 Produk Percuma Untuk Anda

Friday, December 11th, 2009

Salam siaran

Menjana pendapatan melalui internet sudah menjadi sesuatu yang bukan mustahil sekarang. Cuma anda perlu tahu teknik dan caranya. Kalau tidak sudah pasti anda akan terjebak dengan skim yang bukan-bukan.  Di internet sekarang ni begitu banyak panduan yang boleh anda perolehi untuk memulakan bisness internet dengan cara yang betul. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu bermanfaat.

Baiklah kali ini Djsenja ingin sekali berkongsi dengan anda, mengenai kegigihan 16 orang rakan yang sudi memberikan anda 16 produk percuma meliputi pelbagai topik. Ada ebook, ada dalam bentuk perisian malah video totorialpun ada.

Semuanya anda boleh dapatkan DI SINI

Cuba tengok imej di bawah. Mungkin salah satu daripadanya menarik perhatian anda. Apa ditunggu lagi DOWNLOAD sekarang sementara masih PERCUMA.

Gempak Newbie

P/s: Saya cadangkan anda download sekarang kerana ianya benar-benar percuma. Kalau tak caya Jom Tengok!

Jom Bukak Dairy

Friday, December 4th, 2009

Salam Siaran

Bulan Dec bagi kebanyakkan orang waktu untuk menilai kembali segala pencapaian sepanjang tahun. Apa kelemahan dan kekurangan yang harus diperbaiki. Hanya kurang 30hari saja lagi untuk melakukan segala-galanya.

Tak mungkin ya perancangan selama setahun mahu disempurnakan dalam sebulan. Tapi bukan pula mustahil untuk melakukan penambahbaikan, menokok tambah mana yang kurang.

Jadi mulai hari ini, marilah kembali kita bukak dairi(mungkin dah berabuk yer sebab dah lama tak buka).  Lihat kembali pada catatan awal di awal-awal tahun 2009. Berapa peratuskah agaknya perancangan kita telah menjadi. Berapa pula bilangan yang berbaki.

Mungkin ada di antaranya baru separuh jalan atau ada yang masih belum terusik. Apapun hasil keputusannya, itulah gambaran perjalanan kehidupan kita hampir setahun ini. Berbanggalah walau sedikit kejayaan yang dicapai dan janganlah pula terlalu berduka kalau tak ada satupun perancangan yang menjadi.

Anggap itu dugaan dan berusahalah memperbaikinya. Berakhirnya 2009 bukan bermakna berakhir segala-galanya. Jadikahlah tarikh hari ini untuk kita memgorak langkah. Tak payahlah nak tunggu 2010 muncul baru kita nak bermula. Gerakkan usaha anda sekarang, sekurang-kurangnya 2010 nanti anda telah bermula, bukan lagi masih terkial-kila tak tahu hujung pangkal.

Bagi penulis dan Team Radio FuhYooFM, sepanjang DEC ini sehingga ke tahun 2010, macam-macam perancangan telah dibuat. Ada yang akan dilaksanakan pada bulan Dec ini juga ada yang menyusul kalendar 2010. Bengkel Asas Penyiaran terus berlangsung saban minggu.  Ada yang dibuat di Training Center kami dan ada juga yang dibuat di sekolah.

Apa yang pasti peserta bengkel ini semakin bertambah. Konti Radio FuhYooFM pun makin meriah dengan pelajar-pelajar yang datang berlatih untuk memantapkan ilmu broadcasting yang mereka pelajari selama ini.

Dalam soal ini kami amat terbuka untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa saja yang berminat.  Konti Radio ini sentiasa terbuka kepada ahli kelab media Radio Sekolah Malaysia. Datanglah berlatih.

Dan sememang itupun tujuan kami meujudkan radio internet FuhYooFM. Supaya peserta bengkel ada tempat untuk berlatih. Bidang penyiaran adalah suatu kemahiran ya.selain bakat latihan berterusan akan membantu memantapkan corak penguasaan seseorang. Tanpa latihan  yang berterusan, sudah pasti bakat yang baik sukar berkembang.

Jadi kalau anda mendengar radio sekolah malaysia ini, akan terdengarlah suara-suara budak baru belajar, yang masih tercari-cari identiti dan pengenalan diri. Tapi tidak mengapa. Belajarlah daripada kesilapan dan InsyaAllah anda akan lebih berjaya di masa depan.