Mengmbil kesempatan mengucapkan selamat Hari raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di mana jua berada. Sama-amalah kita menmperingati pengorbanan teragong dalam tamadun umat maniusia dilakukan Nabi Ibrahim terhadap Putera kesayangan baginda Nabi Ismail.
Semoga dengan menghayatinya, menyuntik sedikit keinsafan di hati kita senua, bahawa dalam kehidupan ini, kita dituntut melakukan pengorban.
Pengorbanan dalam banyak bentuk. Dari pengorbanan melawan hawa nafsu sehinggalah pengorbanan terhadap bangsa dan negara. Di Hari mulia ini, marilah sejenak kita muhasabah diri melihat kembali sejauh mana pengorbanan yang kita lakukan selama ini adakah memadai atau sekadar melepas batk dtangga.
Memang untuk mengukur keikhlasan itu sesuatu yang subjektif. Tetapi kita dan diri kita dan Allah tahu sejauh mana kita ikhlas dalam melakukan sesuatu pengorbanan.
Sambil melakukan aktivity kunjung mengunjung, jomlah sama-sama kita berhibur bersama lagu ini.
Dayangku Intan-senandung hari raya untukmu
P/S: Ada masa cuba dengar promo ini dan nantikan kemunculannya December nanti.. Tunggu!…
Baru saja habis berbengkel. Penat memang penatlah. Tapi bila melihat hasilnya, penatpun hilang. Lebih-lebih lagi apabila melihat kesungguhan peserta(murid) sekolah rendah ini yang begitu bersemangat ‘menyerap’ setiap ilmu yang dikongsi oleh kami.
HBO sedang membuat pembukaan sesi pertama bengkel
Lebih manis lagi apabila bengkel ini mampu mencungkil bakat adik Nurin yang terpendam selama ini. Siapa sangka ya murid tahun lima ini mampu membuat satu persembahan yang menarik sehingga memikat hati Team Fitrah Media untuk melamar beliau menjadi personaliti FuhYooFM yang kedua selepas DjAmm.DjSenja menjalankan tugas menginterview Guru Besar SKKU
Pn Hjh Thalasawati
Baiklah kalau anda berminat nak tahu mengenai perjalanan Bengkel asas Penyiaran yang berlangsung Isnin dan selasa lalu, apakata anda lawati blog FuhYooFM. Di sana anda juga boleh melihat gambar-gambar sekitar bengkle dan dengar rakaman audio temubual pn Guru Besar SKKU Hjh. Thalasawati bersama DjSenja.
Ok sekarang kita beralih ke isu yang lain.
Semalam bila baca akhbar, daya senyum sampai ke telinga. Apa tidaknya surat khabar NST pada muka depan highlightkan tajuk “Mega-speed Internet to benefit 1.2m”. Kat sub title tu pulak tertulis begini Downloading a film to takes less than 2 minutes.
Macam mana saya tak senyum lebar, kepada kami yang menggunakan medium internet sepenuhnya setiap hari untuk semua urusan, berita sebegitu sememamgnya amat kami nantikan. Sebenarnya dah lama sangat kami makan hati ya melayan kerenah streamyx yang tak pernah ada hujungnya. Sampaikan dah tak larat nak komplen.
Kalau di pejabat kami kat BBU ni, boleh dikatakan setiap hari lepas pukul petang jer, internet mesti slow. Kadang-kadang nak broadcast radio internet kamipun tak lepas. Jadi terpaksalah biarkan radio jalan auto server huhu.. Yang kesiannya pendengar kami dan dj dj kami. Berkobar-kobar semangat datang nak onair, tapi hampeh. Internet problem.
Harap-harap berita tu akan merubah segalanya. Telekom kata paling cepatpun tahun depan. Tak perlah asalkan ada. Orang tua-tua kata ada benda nak dinanti. Bukan macam menunggu buah yang tak gugur..
Lagu Menentang Perjodohan ni mungkin agak unik sikit. Bukan kerana kisah yang cuba diungkapkan penulis liriknya atau melodi yang dihasilkan oleh sang penciptanya. Semuanya itu biasa-biasa saja. Sama macam lagu-lagu tangkap lentok yang lain. Sayu, sendu, mendayu-dayu, melankolik dan macam-macam lagilah yang sewaktu dengannya.
Cuma apa yang DjSenja ingin sentuh ialah dari segi sebarannya atau lebih tepat lagi dari segi promosinya. Percaya tak kalau dikatakan, hanya segelintir pendengar/peminat seni saja yang tahu akan kewujudan lagu ini. (anda juga mungkin di antara mereka yang langsung tidak pernah tahu akan kewujudan lagu ini).Tapi lagu ini amat popular. Ia popular di kalangan kolompoknya saja. Emm … bagaimana tu. Baik! Biar saya terangkan.
Pada sekitar tahun 2000/2001, ketika itu saya baru lebih kurang 4 tahun di Best 104, saya mendapat satu panggilan daripada seorang pendengar. Saya dah tak ingat namanya. Tapi saya tahu beliau merupakan antara pendengar setia Best 104 ketika itu. Kerap kali juga saya mendengar suaranya ‘onair’ untuk rancangan permintaan dan sebagainya. Jadi sebaik menyambut panggilan, saya boleh cam suaranya.
Oh ya satu perkara harus saya beritahu, pendengar ini menghubungi saya di pejabat, bukan di talian konti. Saya bukanlah dj yang suka bergayut dengan pendengar ketika bertugas, kerana ia akan menganggu focus saya. Bukan nak cakap sombong, tapi itulah hakikatnya. Dan kalau ikut peraturanpun, dj dulu-dulu memang tak dibenarkan berbual di telefon lama-lama. Dibimbangi akan mengganggu tugas-tugas hakiki di konti. Maklumlah dulu peralatan di konti/bilik siaran semuanya manual. Maknanya semua operasi studio bergantung sepenuhnya kepada tenaga manusia. Bercakap l’ive’ tak main rakam-rakam, main lagu dari satu CD palayer ke satuCd player yang lain. Bukan macam sekarang semuanya guna teknologi computer dan dirakam terlebih dahulu. Semuanya semudah copy&paste. Itulah rahsia di sebalik suara dj dan lagu-lagu yang anda dengar pada radio anda.
Juah dah saya melencong. Hehe… maklumlah dj kalau dah membebel, macam tak sedar dunia. Berbalik kepada pendengar tadi, biasanya kalau pendengar menghubungi di talian pejabat, mesti ada perkara penting yang dia nak cakap. So sayapun layankan sajalah.
Nak jadi ceritanya, pendengar tu terus tanya saya adakah saya tahu mengenai Lagu Menentang Perjodohan nyanyian Ferhat Najib.(Masa tu penyanyi Ferhad yang bawak lagu Kasih Berubah kumpulan Flybaits tubelum muncul lagi). Saya jawab tak tahu. Dia kata DJ EmR(nama glamour masa kat Best104) kena cari lagu tu. Best lagunya. Dia Tanya bila saya onduty. Saya kata awal pagi nanti jam 2 hingga 6 pagi. Wah dia kata sesuai sangatlah tu.. lagu tu memang sesuai kalau diputarkan dalam rancangan Getaran Jiwa( sebuah rancangan yang mengisi slot awal pagi di Best 104- Getaran Jiwa ni popular jugak khususnya di kalangan Budak U yang selalu berjaga malam, kalau tak caya tanyalah diaorang.. hehe). Sampai sekarang masih ada rancangan ni, tapi dah tak berapa umph.. malas nak komenlah, kalau ada masa anda boleh dengar sendiri dan buatlah penilaian sendiri.
Habis perbualan tu saya mengambil catitan. Saya terus tanya ketua saya masa tu, BBD(En. Bobby Borhandin-yang buat rekod onair 104jam tanpa henti pada 02 Okt 2000). Dia jawab, kau tak reti-reti nak cari kat library, semua nak tanya aku, kau ingat aku ni library bergerak ker. Dush!!.. kena sebijik. Saya tahu ketua saya tu kuat bergurau tp dalam gurau-guraupun pedih jugak! Huhu..
Dipendekkan cerita dengan bantuan budak library, maka jumpa CD lagu tu. Rupanya baru jer dapat drpd syarikat rakaman. So kamipun pakat dengar ramai-ramai. Ajak rakan-rakan dj yang lain termasuk BBD dengar. Biasalah bila ada lagu baru macam tu, akan ada sesi pradengar terlebih dahulu, dan biasanya lagu yang dah masuk library, adalah lagu yang dah mendapat kelulusan onair.
Lepas sesi pradengar tak rasmi tu, macam-macam komenlah yang muncul. Rata-rata kami berpendapat lagu tu biasa-biasa saja. Sama macam lagu-lagu tangkap leleh Eddie Hamid dan yang seangkatan dengannya. Tapi tak perlah mengenangkan cik pendengar tu beriya-iya suruh putarkan, jadi sayapun ikutkan sajalah.
Saya ingat lagi, masa onduty pagi tu saya mainkan lagu tu sekitar jam 2.30 pg macam tu. Tak sangka banyak sungguh panggilan yang masuk bertanyakan lagu tersebut. Sehinggalah ia menjadi begitu popular di Best 104. Pendek kata kalau siapa dj yang bertugas awal pagi dalam Getaran Jiwa, WAJIB akan putarkan lagu tu. Kalau tak nanti pendengar marah. Hehe… macam kelakar pulak.
Akhirnya lagu Menentang Perjodohan ni menjadi popular di kalangan pendengar radio di Selatan tanahair. Lepastu saya dengar rakan-rakan dj di stesen radio lain turut mainkan lagu tu. Tapi hanya stasen radio di selatan saja.lah. Macam JohorFM(sekarang Radio Malaysia JohorFM), FMJB107.5, Di Stesen Radio Warna dan Ria dari singapurapun ada sekali-sekalamainkan lagu tu.
Tapi terus terang saya berani kata, stesen radio di KL memang tak pernah dengarpun lagu tu berkumandang. Mngkin diorang tak tahupun akan kewujudan lagu tu kot. Dan yang lebih sadis lagi, penyanyi dan lagu ini tidak pernah dipromosikan oleh syarikat rakamannya. Saya berani kata kerana seingat saya kami hanya dibekalkan single lagu tu saja, dan tak pernah melihat full albumnya. Malah saya tak tahupun kalau ada lagu-lagu lain yang terkandung dalam album yang sama. Cerita tentang penyanyinyapun amat payah untuk ditemui di majalah dan sebagainya.
Walau apapun sekalung tahniah kepada penyanyi lagu ini Ferhat Najib dan pencipta serta penulis liriknya. Walaupun lagu ini hanya popular di selatan, tapi telah membari kesan yang besar di kalangan penggemarnya. Kalau tidak masakan ramai sekali yang bertanya kepada saya bagaimana mereka boleh mendapatkan lagu tu. Dah puas mereka cari di kedai CD tapi tak jumpa. Rasanya memang tak ada kot ataupun album ini tidak pernah di edarkan di pasaran. WallahHualam… Sayapun tak pernah servey.
Mungkin selepas ini anda yang baru petama kali mendengar lagu ini akan jatuh cinta dan terus meminatinya. Siapa tahukan. Akhir kata DENGARKAN RAKAMAN AUDIO INI.. SELAMAT TERHIBUR!
Semalam Djsenja bersama kawan-kawan Team FuhYooFM sempat meluangkan masa menghadiri majlis Bengkel Asas Penerbitan di sekolah Keb. Komplaks UDA. Rata-rata cikgu yang hadir semuanya menunjukkan minat yang mendalam. Itulah yang amat menggembirakan DjSenja dan rakan.
Tengoklah tu cikgu Waheeda dan cikgu-cikgu lain kat SK Kompleks Uda tu begitu khusuk mendengar bebelan DjSenja.. hehe…
Kalau anda nak tengok gambar-gambar masa program tu berlangsung, bolehlah ke blog FuhYooFM.
Kepada warga SK Kompleks UDA, tunggu tarikh 09 dan 10 November nanti. Ha.. masa tu untuk murid pulak. Kalau semalam untuk cikgu-cikgu, nanti kita jumpa muris-murid la pulak yer..