Archive for October, 2009

Malam Ini Black Dog Bone Beraksi Di JB

Saturday, October 31st, 2009

Salam siaran..

Selamat berhujung minggu. Moga hujung minggu ini menjadikan sesuatu yang indah dalam hidup anda. Kalau anda Di JB, dan meminati muzik retro, apa kata jom sama-sama turun menyaksikan konsert  Malam Kenangan Black Dog Bone, yang akan beraksi di pentas Pusat Konvensyen Persada Johor, Johor Bahru, pukul 8.30 malam ini.

moz screenshot 3 Malam Ini Black Dog Bone Beraksi Di JB

Black Dog Bone - gambar utusan

Mesti peminat BDB – nama singkatan kumpulan ni – tak lepas peluang. Maklumlah BDB begitu popular sekitar 70an dan awal 80an. Walaupun mereka berasal dari Kota Singa, namun peminat muzik di Malaysia ketika itu memberi sokongan padu kepada mereka. Antara lagu popular BDB apa lagi kalau bukan lagu Dulu Dan Sekarang, Khayalan(lagu saduran dari lagu inggeris), Geram, Joger sindir Pesan, Malas,Bahagia Dan Derita, Diganggu Kenangan, Cahaya Aidilfitri, Geram, Hari Ini Dan Esok, Hatiku Luka LagiKu Cari Penawar Luka dan Si Gadis Ayu dan banyak lagi.

Malam ni mereka akan menyanyikan lebih drpd 26 lagu. Wow! memang hebat kumpulan ni. Buktinya konsert mereka di Istana Budaya Mei lalu suksess.

Jadi malam ni samalah kita tunggukan aksi mereka di Persada Johor. dengar cerita rakan-rakan DJ Radio Warna 94.2FM Singapura TG dan Suharti Ali akan turun Jb meliputi acara ini sebagai tanda sokongan kepada artis negara mereka.

Anda macam mane? Boleh kita tetapkan temujanji malam ni..

Jumpa anda di Sana…

Untuk Semua sebelum kita lihat BDB beraksi di pentas mlm ni, Jom kita hiburkan hati mendengar lagu mereka yang amat DjSenja minati,.. TERIMALAH LAGU AKU MENGERTI – BDB

Di Badai Asmara

Wednesday, October 28th, 2009

Salam siaran. Kali ni DjSenja post lagu Di badai asmara nyanyian kumpulan Sera. Lagu ni begitu popular zaman rock kapak dulu. Ini versi konsert ya.

Semoga anda semua menyukainya.

Kalau ada yang nak syer lagu-lagu kenangan masing-masih, boleh post kat bahagian komen ya.

Kalau anda nak dengar banyak lagu-lagu macam tu, jagan lupa dengar Radio Internet FuhYooFM…

Lagu-lagu zaman Rock Kapak ni memang selalu kami siarkan sbb ramai yang suka.

Baiklah… jumpa lagi

Post akan datang kami  akan post lagu Menentang Perjodohan – Ferhad Najib.. Tunggu..

Buat Siaran Langsung Memang Pecah Kepala..

Monday, October 19th, 2009
PM Najib pada majlis perlancaran 1Malaysia di Ipoh, perak

PM Najib pada majlis perlancaran 1Malaysia di Ipoh, perak

Salam Siaran

Malam tadi bertempat di Ipoh Perak, telah berlangsung Majlis Perlancaran 1Malaysia oleh PM Najib. Dengar cerita orang Perak bukan main ghairah penuhi setiap ruang dalam stadium. Kapasiti stadium tu cuma 30ribu tapi yg datang lebih 50ribu. Fuhyoo.. ramainya. eloklah tu bagi sokongan padu kepada gagasan 1Malaysia PM Najib.

moz screenshot 2 Buat Siaran Langsung Memang Pecah Kepala..

DjSenja taklah sempat nak ke Stadium Indera Mulia Ipoh Perak tu. Tapi sempatlah menonton di Tv1. Sebelum tu pun dah dengar lintas langsung dari Radio Malaysia Klasik Nasional.

Kebetulan pula semalam cuti hujung minggu. Jadi masa di rumah tu agak panjang. Banyak masalah jugak nak dengar radio. Yerlah dah namanya orang radio. Ke mana pergipun tak lepas daripada mendengar radio.

Bila bercakap mengenai lintas langsung atau dalam istilah bradcasting disebut ‘live’..memang satu kerja yang leceh. Apa tidaknya bermula dari melawat lokasi(servey tempat), pasang barang, cari bahan, test run dan macam-macam lagi kerja nak kena buat.

Memanglah semuanya kerjatu dah dipecah-pecahkan kepada beberapa petugas tetapi tekanannya tak sama macam onair di konti. Tambah lag kalau dah dekat nak onair. Lagilah mengelabah gila. Mungkin ada jugak rakan-rakan dalam bidang ni yang nampak selamba jer, macam tak ada apa-apa, tp dalam hati jangan bohonglah. Mesti ada rasa tak senang duduk selagi tugas tu  belum berakhir.

Kalau dah habis onair,.. barulah lega. Itulah apa yang DjSenja rasa setiap kali ditugaskan membuat siaran langsung. Kena pulak dapat assigment interview dengan VIP. Lagi lah mengelabah sakan. Nak kena banyak buat reaserch. Kalau salah fakta, silap-silap boleh kena maki.

Namun itulah asam garam dunia broadcasting. Mencabar tapi amat seronok. Apabila sesuatu tugasan itu dapat disempurnakan dengan baik, kepuasannya sukar digambarkan dengan kata-kata.

Baiklah ini antara petikan akhbar berita harian pagi tadi.

PM isytihar 16 September cuti umum Hari Malaysia mulai tahun depan

Bermakna kita akan merayakan dua perayaan 31 Ogos dan 16 September.

Oklah jumpa lagi ..

Jangan syak terhadap 1Malaysia: Najib

Thursday, October 15th, 2009

moz screenshot 1 Jangan syak terhadap 1Malaysia: Najib

“KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta mana-mana pihak jangan berasa gundah gulana atau menaruh syak serta bimbang mengenai gagasan 1Malaysia, kerana ia tidak terpesong daripada apa yang dipersetujui dan dimuafakatkan oleh generasi terdahulu.”

Salam Siaran..

Itu antara intipati ucapan PM dalam perhimpunan UMNO.

Aiik! tak kan alih-alih blog djsenja ni dah beralih  arah jadi blog politik pulak! Apa tidaknya dah cerita pasal UMNO plak. Oh tidak, jangan salah sangka.

Blog ini tetap fokus kepada broadcasting dan tips berguna untuk kita inprove cara kita berkomunikasi. Ingatlah dalam hidup ini cara dan kebijaksanaan kita berkomunikasi akan menentukan tahap pencapaian dan kejayaan kita di masa depan.

Broadcasting ini pula tiada hadnya. Apa saja cabang dan bidang dalam kehidupan kita ini, tidak dapat lari daripada bercakap soal komunikasi. Cuma pendekatan saja yang berbeza. Ada yang berkomunikasi menerusi percakapan, perbuatan, bahasa isyarat, SMS, emel dan sebagainya. Tujuannya hanya satu iaitu untuk berhubung di antara satu sama lain dengan menggunakan medium yang boleh difahami oleh kedua-dua belah pihak.

Baiklah mengulas apa yang dicakapkan oleh PM tu, memang sejak PRU12 ari tu, perasaan saling mencurigai kian subur dan cuba dusuburkan oleh pihak tertentu di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini.

Bila Datuk Najib jadi PM, beliau cuba terapkan konsep 1Malaysia. Pun ramai yang tak faham, keliru atau dikelirukan oleh pihak berkepentingan ini.

Amat malang bila kita terima membabi buta. Kita percaya bulat-bulat kepada sumber yang tidak pasti sahih ke tidak. Akhirnya terjadi perasaan kecurigaan yang sebenarnya tidak berasas langsung.

Jadi konsep 1Malaysia  ini seharusnya dihayati benar-benar rakyat Malaysia. Malah ia amat jauh dari Malaysia Malaysian yang amat dibenci orang Melayu itu.

DjSenja bukanlah orang yang layak/pandai untuk bercakap soal politik ni. Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang amat sayangkan negara tercinta ini, lebih-lebih lagi keamanan yang telah dan sedang kita kecapi sejak sekian lama ini, rasa amat terpanggil untuk menyahut seruan PM Najib mengajak semua rakyat Malaysia menghayati benar-benar konsep 1Malaysia yang diprkenalkan.

Kalau ada rakan-rakan kita yang masih kabur sila jelaskan kepada mereka. Kalau kita sendiri masih kabur apakata carilah sumber rujukan yang betul dan bertanyalah kepada mereka yang arif dan mampu memberi kefahaman kepada kita bukan sebalikya.

Akhirkata saya teringat kata-kata seorang rakan kulit putih bangsa African, kata-katanya lebih kurang macam ni

“Kecurigaan kalau dibiarkan menguasai pemikiran akan menghancurkan negara kamu yang berbilang kaum ini, lebih dahsyat daripada apa yang kamu fikirkan..”

Sama-samalah kita fikirkan ye.. Salam

P/s : Di bawah ni ada video klip open house yang cuba menerapkan konsep 1Malaysia. Cuba prhatikan bagaimana kebiasaan ini berlaku dalam masyarakat Malaysia setiap kali adanya majlis sebegini berlangsung. Mahukah kita melihat semuanya ini hilang dan hanya tinggal di lipatan sejarah? Anda yang bijaksana ada jawapannya.

Perlancaran Blog Baru Radio Internet FuhYooFM

Wednesday, October 14th, 2009

Salam siaran

Terima kasih kerana terus sudi melawat blog ini. Walaupun jarang diupdate kebelakangan ini. Bukannya apa agak sibuk dengan aktivity. Maklumlah raya dah hampir berakhir, jadi tumpuan kepada projek yang tertangguh perlu disegerakan.

Baiklah ada dua perkara yang DjSenja nak bagitau..

Pertama, kami baru saje mengadakan Bengkel Asas Penyiaran pada minggu lepas. Sambutan boleh tahan. Untuk bengkel sulung ni ada 7 orang pelajar turut serta. 4 drpd sekolah menengah dan 2 lagi drpd sekolah rendah.

Kami jalankan bengkel ini secara personal coaching. Dengan cara itu, tumpuan lebih mampu diberikan kepada setiap peserta. Pengisian agak santai dan penuh keriangan. Maklumlah, budak-budak ni dah penat belajar kat sekolah, jadi dalam bengkel ini kami bagi mereka happy. Dalam masa yang sama pengisian ilmu itu tetap diberi keutamaaan.

Lihatlah gambar-gambar ceria peserta

Semangat betul

Semangat betul

Peserta wanita yg berani

Peserta wanita yg berani

Dah tak malu lagi..

Dah tak malu lagi..

Ok tadi DjSenja kata ada 2 perkara nak bagitau..

Oklah perkara yang kedua:
Mulai hari ini diumumkan dengan rasminya perlancaran blog baru Fuhyoofm. Kalau selama ini segala aktivity FuhYooFM akan diselitkan di blog ini, mulai sekarang anda boleh baca di blog baru tu.

Dengan itu DjSenja akan lebih fokus kepada perkara berkaitan broadcasting dan isu semasa. Amacam setuju!.. hehe..

Walau apapun kalau ada event besar, DjSenja akan tetap review dalam blog ini. Harap anda di luar sana akan terus beri sokongan kepada usaha kami untuk berkongsi ilmu bidang penyiaran ini dengan pelajar di luar sana.

Gambar di bawah adalah antara dj dj baru kami dari kalangan pelajar sekolah sekitar Bandaraya Johor Bahru yang sedang giat berlatih di studio fuhyoofm. Kalau nak dengar suara mereka, dengarlah fuhyoofm pada sebelah petang kerana kebanyakkan mereka bersekolah sesi pagi.

Sampai jumpa lagi.. bye..

Dj FuhYooFM

DjApul, DjA-mer,DjAnn & DjAmm

Sekali lagi ini URL BLOG FUHYOOFM

Dan anda boleh dengar  FUHYOOFM DI SINI