Selamat Hari Raya
Thursday, September 17th, 2009
Salam Siaran
Apa khabar anda dan selamat berpuasa. Syukur Alhamdulillah dapat lagi bertemu kalian semua meskipun lewat catatan di dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Di penghujung Ramadan ini, diri penulis agak sedikit diburu kesibukan. Banyak perkara perlu di selesaikan. Semuanya menuntut perhatian segara. Namun syukurlah, hampir semuanya dapat diatasi satu persatu.
Dua minggu terakhir Ramadan ini banyak ditumpukan kepada kerja-kerja rakaman ucapan Selamat Hari Raya di sekolah-sekolah yang menyertai Kelab Media, untuk siaran Radio Internet FuhYooFM. Sambutan dan kerjasama yang diberikan amat memberangsangkan.
Di antaranya di Sekolah Men St Joseph, SK Tasek Utara, Sk Tmn Suria, SMK Bandar Baru Uda dan SIGS.
Terima kasih kepada Pengetua dan Guru Besar serta warga sekolah terbabit yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik sehingga rakaman berjalan lancar.
Kalau anda ingin mendengar suara-suara warga sekolah ini, dengarlah Radio Internet FuhYooFM bermula janm 10pg – 4ptg pada hari-hari bekerja biasa.
Hari Jumaat ini kebanyakkan sekolah akan mula bercuti raya, namun FuhYooFM akan terus bersiaran dari konti baru kami di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Kami akan mula bercuti mulai hari Sabtu 19 september 2009 sehingga 27 September 2009. Kami cuti seminggu. Dalam masa tersebut anda masih boleh mendengar siaran Radio Internet FuhYooFM dari server kami yang bersiaran secara autorun..24 jam setiap hari.
InsyaAllah pada 28/09/09 kami akan kembali bersiaran live dari BBU.
Jadi kepada anda kami warga kerja Radio Internet FuhYooFM dan Team Fitrah Media Enterprise mengambil kesempatan mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..
Semoga kebahagiaan, keriangan dan keseronokan menyambut lebaran ini, tidak melalaikan kita daripada mengingati mereka yang kurang bernasib baik.
Jumpa lagi. Wassalam.
Dah masuk Ramadan yg ke 19 hari ni. Moga puasa anda semua tetap terpelihara kesuciannya.. Maklumlah dalam bulan Ramadan ni macam2 dugaanya yg tiba. Pulak tu di sekeliling kita ada banyak sangat elemen yg boleh menyebabkan puasa kita manjadi kurus.. hehe..


