Merdeka! 1Malaysia
Monday, August 31st, 2009Salam Siaran
Selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan ke 52 kepada anda semua rakyat Malaysia yang masih tebal semangat petriotik dalam jiwanya.
Baru saja habis menonton tv tengok sambutan di Dataran Parlimen, ringkas tetapi penuh bermakna. Sesuai dengan suasana bulan Ramadan ketika ini.
Ada yang bertanya apa jadi 52 tahun lagi. Ke mana hala tuju negara. Mungkin pertanyaan itu lahir daripada kebimbangan melihat corak generasi hari ini menghargai kemerdekaan tanahair.
Malah bukan rahsia, ramai di kalangan kita sekadar melihat tarikh 31 Ogos itu tidak tidak lebih daripada sekadar satu hari untuk bercuti dan bersantai bersama rakan dan teman-teman.
Rasanya di pagi hari kemerdekaan ini, tak payahlah saya membebel meluahkan keluh kesah melihat sikap dan ragam golongan muda kita yang makin parah dan menjadi-jadi.
Apa yang penting sesuatu mesti kita ingati bahawa keamanan, kemakmuran, keharmonian dan kemerdekaan ini bukan kita dapat percuma. Ianya lahir daripada pengorbanan orang-orang terdahulu. Kalau kita tidak menjaganya, segalanya ini akan hilang dan kita kan dipersalahkan.
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Baca balik tajuk di atas. bunyinya macam pelik. Seharusnya kalau sayangkan anak, bila mereka sakit ke hospitallah tempat dituju. Baiklah sebelum membuat apa jua andaian cuba baca petikan di bawah;
Sesuatu yang pasti mencuri tumpuan






