Salam siaran
Suara adalah suatu anugerah yang begitu istimewa dari Yang Maha Pencipta kepada insan di dunia ini. Bayangkan kalau ditarik balik anugerah suara ini, maka hilanglah satu nikmat dalam hidup kita.
Kenapa DjSenja memulakan post kali ini dengan bercakap mengenai suara. Ya kerana suara mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seseorang. Anda mungkin boleh menjadi terkenal hanya berbekalkan suara yang lunak dan memukau.
Contohnya banyak disekeliling kita. Lihat saja penyanyi yang mempunyai suara yang hebat walaupun wajah bukan dalam kategori jelita atau kacak, tetapi masih mampu mengumpul peminat gara-gara mempunyai suara yang boleh ‘pukul habis’.
Kalau nak bagi contoh, cuba dengar vokal Adibah Noor, Dayang Nurfaezah, Aizat.. (sekadar beberapa nama) mereka bukanlah dalam kelopok artis jelita atau kacak, tetapi ramai akur mereka memiliki lantunan suara hebat apabila
menyanyi.

Dayang Nurfaezah, Aizat da Adibah Noor. Mereka ada cara tersendiri memikat khalayak menggunakan kelebihan suara yang dimiliki
Begitu jugak halnya dengan DJ DJ radio yang terkenal di negara kita macam Linda Onn, Abby Fana, Farra fauzana, Faizal Ismail, Najman dan ramai lagi. Mereka semua mampu membina kerjaya yang cemerlang dengan berbekalkan suara.
Dalam skop yang lebih luas, pakar motivasi, Uztaz Ustazah yang menjadi penceramah bebas, promoter di pasaraya, dj orang kahwin, ahli politik, pak menteri sehinggalah penjual ubat di kaki lima mereka semuanya cari makan menggunakan suara.
Jadi bersyukur sangatlah kalau kita memiliki suara yang merdu dan memikat, dan dalam masa yang sama dengan berbekalkan suara itu mampu pulak menjadikaan kita seorang yang terkenal dan dikagumi. Lebih daripada itu, berbekalkan suara yang sama, boleh pulak menjana pendapatan kepada sipemiliknya sehingga mencecah nilai ribuan malah puluhan ribu ringgit. Wow!.. mesti anda teruja! Hakikatnya itulah yang berlaku kepada kami yang hidup dengan menjual suara.
Berdasarkan pengalaman penulis yang bekerja ‘menjual suara’ sebagai dj radio selama hampir 14 tahun, kejaya ini sebenarnya sesuatu yang amat menyeronokkan. Di samping dapat memenuhi minat dalam masa yang sama dapat pulak menyara keluarga dengan kemahiran dan kelebihan suara yang
dimiliki itu.
Namun kelebihan memiliki suara yang hebat sahaja tidak memadai kalau tidak disusuli dengan usaha bersungguh-sungguh mempelajari teknik demi teknik untuk menjadikan ianya suatu aset yang boleh dijadikan sumber pendapatan. Menerusi bengkel Asas Penyiaran yang penulis jalankan kepada pelajar-pelajar sekolah disekitar Bandaraya Johor Bahru ini, sering diberikan tips-tips rahsia bagaimana mengeksploitasikan anugerah suara ini sehingga menjadi suatu harta yang amat bernilai.
Dalam post yang akan datang khusus untuk pembaca blog ini, akan Djsenja kongsikan beberapa tips dan idea menarik mengenai suara ini, yang boleh anda aplikasikan sendiri dalam kehidupan seharian selaras dengan target dan sasaran anda.
Sehingga berjumpa lagi,. saya bukakan kepada anda bertanyakan sebarang kemuskilan (InsyaAllah, mana yang mampu saya jawab… kerana sayapun masih dalam proses belajar).
Adakah selama ini anda menyedari potensi suara yang anda miliki mampu memberikan pulangan dalam bentuk pendapatan atau sebaliknya?
Sila penuhkan ruangan komen di bawah dengan pendapat bernas daripada anda. Semoga perkongsian ilmu ini mampu membuka lebih banyak ruang untuk kita semua meneroka satu lagi peluang menempa kejayaan.
Sampai jumpa lagi. Wassalam.