Archive for June, 2009

Gempar! Pencari Kerja Serang JB..

Wednesday, June 24th, 2009

Program Penempatan Pekerjaan 27 & 28 Jun 2009 Danga City Mall JB-8pg – 5ptg. Datanglah!..

Salam Siaran

Berikut adalah petikan temubual bersama Pn Rozita Bahari Timbalan Pengarah Tenaga Kerja Johor sempena Program Penempatan Pekerjaan Sabtu dan Ahad ini.

Program Penempatan Pekerjaan Kini Di JB

Tuesday, June 23rd, 2009

Salam siaran.

Selepas berjaya mengumpul bilangan pengnjung yang ramai dan di luar jangkaan di Tangkak pada bula lepas, kini Jabatan Tenaga Kerja Johor bersama JB Succes Managment (JBSM) kembali membawakan Program Penempatan Pekerjaan 2009.

Image Hosted by ImageShack.us

YB Asojan-Wakil Rakyat Bkt GambirĀ  ketika ditemubual di mini studio FuhyooFM semasa program di Tangkak bulan lepas.

Kini tiba pula giliran Bandaraya Johor menjadi tuan rumah. Kalau di Tangkak dulu, kehadiran pencari kerja diluar jangkaan, kini di JB juga harapan yang sama disandarkan memandangkan lebih daripada 100 majikan pelbagai sektor telah menyatakan persetujuan untuk mengambil bahagian.

Menariknya program ini bakal diadakan selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 27 dan 28 June 2009 ini bertempat di tingkat 4, Pusat membeli belah Danga City Mall(dulu dikenali sebagai BestWorld) yang kini berwajah baru.

Jadi kepada anda yang sedang mencari kerja, baru diberhentikan kerja, atau memang telah lama tiada kerja, inilah peluang keemasan yang tidak seharusnya dilepaskan begitu saja.

Datanglah bertemu majikan, siapa tahu ada rezeki dan anda bakal ditawarkan pekerjaan yang sesuai.

Jumpa anda di sana nanti kerana Radio Internet FuhyooFM juga akan bersiaran langsung dari lokasi. Sekali lagi jangan sampai terlupa, lihat perincian berikut:

Nama Program : Program Penempatan Pekerjaan 2009

Tempat : Tingkat 4, Danga City Mall (dulu BestWorld)

Tarikh : 27 dan 28 June 2009 (Hari Sabtu & Ahad)

Masa : 08:00pg hingga 5 ptg

Jumpa lagi.

Sultan Johor Tak Setuju Jambatan Ke-3

Friday, June 19th, 2009

Petikan ini telah disiarkan secara exklusif di Radio Internet FuhyooFM pada 18 June 2009

Bila Kita Jadi Abah

Friday, June 19th, 2009

Salam Siaran

Salam ceria adik-adik, warga sekolah dan para pembaca blog DjSenja ini. Duhulu bila tiba hari abah, kita sebagai anak mungkin tak kisah sangat untuk ‘memperingati’nya. Maklumlah, kita tengok abahpun macam tak kisah.

Tapi, kini setelah menjadi abah, setelah abah telah tiada lagi di dunia ini, baru kita sedar bahawa jauh di sudut hati abah, sebenarnya ingin sekali kalau anak-anaknya melakukan sesuatu yang bakal menggembirakan hatiĀ  abah.

Namun, kini masa telah berlalu. Giliran kita pula menjadi abah. Syukur dan tahniah kiranya anda dikurniakan anak-anak yang sentiasa membuatkan anda berasa senang hati. Rumah pula menjadi syurga idaman.

Kiranya berlaku sebaliknya, kini sempena hari ayah, mungkin saat dan ketika yang paling sesuai untuk kita melihat kembali dan bermuhasabah diri, apakah kesilapan lalu yang pernah menguji kesabaran abah kita, telah di ulangi kembali oleh anak-anak kita pula.

Janganlah sekali-kali berjauh hati, jangan pula sampai menghamburkan kata-kata makian, kerana itu akan seolah-olah membina jurang antara anda dan mereka (anak-anak yang anda sayangi, pastinya)

Akhirnya SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA untuk semua abah, ayah, papa, dady dan apa saja panggilan yang membawa makna yang serupa. Semoga hari ini menjadi pembuka jalan untuk melihat peranan bapa daripada persepsi yang berbeza kerana menjadi bapa tidak semstinya bengis, ego dan hanya dia saja yang betul. Sama-samalah kita memperbetulkan apa yang dirasakan tidak berapa betul.. Wallahualam.

Video Live Interview MB@FuhyooFM

Monday, June 15th, 2009

Turut mendapat liputan media cetak. Anda boleh baca daripada link berikut:

Utusan Malaysia

Harian Metro

NST

Pejabat Menteri Besar

Ini pula HBO dan DjNash di pejabat FuhyooFM. Khusyuk nampak buat keje tak toleh kiri kanan. Mentang2 muka dah masuk paper.. hehe..

hbonash Video Live Interview MB@FuhyooFM

Logo baru FuhyooFM

Logo baru FuhyooFM

Jangan lupa lihat wajah baru web FuhyooFm.