Archive for May, 2009

Kenapa Anda Perlu Mempunyai Akaun Facebook Untuk Bisnes Anda

Thursday, May 28th, 2009

Technorati Profile
Salam siaran.

Kali ini DjSenja ingin berkongsi sebuah artikel yang ditulis oleh Zamri Nanyan, seorang Internet Marketer yang begitu disegani. Jom sama-sama baca artikel tulisan beliau ini.

Kenapa Anda Perlu Mempunyai Akaun Facebook Untuk Bisnes Anda
oleh Zamri Nanyan

Bila disebut perkataan “Social Network”, pasti anda akan terbayang laman web seperti myspace, friendster, forum dan sebagainya.

Facebook juga adalah salah satu laman web yang dikategorikan sebagai laman “social network” di mana anda boleh menggunakan laman web ini untuk berinteraksi secara langsung atau meninggalkan email atau komen di halaman utama akaun Facebook anda atau rakan anda.

Kebanyakan pengguna Facebook mungkin menganggap Facebook adalah sebuah laman web untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan kenalan baru sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Tanggapan ini adalah salah.

Facebook boleh digunakan untuk perlbagai tujuan.

1) Facebook sebagai pembina kredibiliti

Di dalam perniagaan internet, terlalu ramai penipu yang menyatakan bahawa mereka menjalankan bisnes yang tulen walhal anda tidak pernah berjumpa atau pun berinteraksi dengan mereka sekali pun. Jika anda lakukan carian di Google pun, anda tidak akan dapat menyahihkan ketulenan perniagaan mereka.

Tetapi jika anda mempunyai akaun Facebook yang anda selalu kemaskini dari masa ke semasa, anda sebenarnya memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan anda bahawa anda menjalankan bisnes yang tulen dan tidak cuma berselindung di sebalik laman web jualan yang statik.

2) Facebook sebagai pembina jaringan bisnes

Apabila disebut jaringan, ianya tidak bermaksud ‘network marketing’ atau program berbilang tingkat. Ianya bermaksud jaringan rakan-rakan bisnes yang mempunyai pemikiran yang sama untuk membina satu kumpulan yang saling membantu satu sama lain.

Sebagai contoh, anda boleh membina kumpulan (atau ‘groups’) di mana fungsinya ialah untuk menarik sesuatu kumpulan yang berminat untuk sesuatu subjek untuk berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain. Sekiranya anda membina kumpulan yang berunsurkan bisnes, besar kemungkinan anda juga akan menarik minat usahawan dan peniaga lain untuk menyertai kumpulan anda.

3) Facebook Sebagai Medium Untuk Memasarkan Produk

Sebenarnya ada banyak cara anda boleh memasarkan produk atau servis anda melalui Facebook. Cara paling mudah ialah dengan meletakkan pautan (link) ke laman web anda di bahagian “Link” atau taipkan sahaja di ruangan “What’s on your mind?”.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sentiasa meletakkan link sahaja di bahagian yang saya berikan di atas tanpa memberikan sumbangan maklumat yang lain, mungkin cara pemasaran anda akan menjadi kurang efektif. Jadi, selang selikan iklan anda dengan maklumat lain yang tidak berbau iklan di bahagian yang saya sebutkan di atas.

Satu cara pemasaran lagi ialah dengan menggunakan kolum “Advertise” yang membolehkan anda meletakkan link, gambar dan juga deskripsi produk atau servis yang anda tawarkan. Ebook “Panduan Facebook Ad” menceritakan cara pemasaran ini dengan lebih lanjut.

Membina aplikasi untuk orang lain juga boleh dijadikan alat untuk pemasaran viral yang dapat
menarik lebih ramai orang ke laman web anda dan seterusnya menjadi pelanggan produk atau servis anda. Cara ini memang digemari oleh usahawan internet yang inginkan pemasaran mereka berjalan secara autopilot (atau kendali sendiri).

Walaupun saya cuma berikan beberapa contoh di sini sahaja, namun dengan sedikit kreativiti anda, anda boleh mempelbagaikan lagi cara memasarkan produk anda di Facebook.

Menggunakan Facebook boleh menjadikan anda ketagih untuk terus melayari dan berinteraksi di laman web tersebut. Namun begitu, saya amat menyarankan anda untuk mempelajari bagaimana anda boleh juga boleh menghasilkan pendapatan daripadanya.

Beberapa sumber bacaan tempatan di bawah mampu membantu anda memulakan langkah untuk menjadikan Facebook sebagai sumber pemasaran.

1) Buku “Rahsia Pemasaran Facebook” oleh Nasrul Amri Samsudin yang anda boleh dapati di kedai-kedai buku tempatan. Ianya juga sebuah buku yang baik untuk mula mengenali Facebook.

2) Ebook “Panduan Facebook Ads” oleh Richie di http://www.BisnesDigital.com/panduanFBA.php

3) Ebook terbaru Richie, “Kuasa Viral Facebook” yang mengajar bagaimana anda boleh membina aplikasi Facebook dengan mudahnya untuk tujuan pemasaran di http://www.BisnesDigital.com/kuasaVFB.php

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Jom berkongsi Ilmu dan Meneroka Bidang Broadcasting

Wednesday, May 27th, 2009
Dj Radio sedang onair

Dj Radio sedang onair

Salam Siaran

Bidang penyiaran (broadcasting) terlalu luas kalau nak diteroka. Pengalaman hampir 14 tahun DjSenja bersama radio Best 104 banyak mengajar erti  dunia penyiaran sebenar.

Walaupun lebih fokus kepada radio broadcasting, tetapi ianya amat membantu untuk lebih memahami  konsep penyiaran dalam cabang-cabang yang berbeza  seperti TV broadcasting, Internet Broadcasting dan sebagainya.

Jadi kalau anda perhatikan, post dalam blog ini lebih menumpu kepada bidang penyiaran radio yang memang menjadi kepakaran penulis. Selain berkongsi aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah, diselitkan juga aktiviti luar yang turut disertai oleh Radio Internet FuhyooFM. Penulis juga berhasrat untuk berkongsi tips dan teknik dunia penyiaran radio sebagaimana yang ditunjukkan dalam Bengkel Asas Penyiaran.

Rasai kehebatannya

Alami kehebatannya

So, apa pendapat anda. Kalau anda ada sebarang komen dan cadangan bolehlah gunakan ruangan komen di bawah sana atau contact form yang disediakan.

Salam Hormat dan jumpa lagi

Wassalam.

Program Penempatan Pekerjaan Capai Sasaran

Wednesday, May 27th, 2009

Salam siaran

Program ini telah berlangsung pada 23 Mei 2009 bersamaan hari Sabtu di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang yang terletak lebih kurang 10 km daripada bandar Tangkak.(dulu top dengan kain ela murah! sekarang tak taulah. tak sempat nak servey. hehe..).

Faktor lokasi yang agak jauh daripada pusat bandar, perkara tersebut agak sedikit merungsingkan pihak penganjur.   Manalah tahu kalau faktor lokasi ini dijadikan alasan untuk pengunjung tidak datang. Habislah… sia-sia sajalah penat lelah yang dicurah sejak berminggu-minggu.

YB Asojan ADUN Bkt Gambir bersiap sedia untuk ditemubual LIVE di Mini studio FuhyooFM

YB Asojan ADUN Bkt Gambir bersiap sedia untuk ditemubual LIVE di Mini studio FuhyooFM dalam Program Penempatan Pekerjaan Daerah Muar

Namun sebaik pintu dewan dibuka seawal jam 8 pg, maka berduyun-duyunlah para pencari kerja menyerbu booth2 yang disediakan untuk para majikan menyambut dan meng’interview’ bakal pekerja mereka.

Menariknya dalam program ini para pencari kerja tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui keputusan permohonan mereka.

Ini kerana kebanyakkan majikan telah membuat pilihan pada hari itu juga dan para pencari kerja boleh mengakhiri zaman bujang tanam anggur mereka secepat mungkin.

Jadi tahniahlah daripada kami Team FuhyooFM yang turut serta memeriahkan acara pada hari tersebut kepada semua pencari kerja yang kini mungkin telah memulakan tugas  baru mereka.

Tahniah juga kepada Pn Rozita selaku Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Johor dan En. Shafie selaku Penolong Pengarah Kerja Kanan, Jabatan Tenaga Kerja Muar yang amat sporting melayan kami semua.

InsyaAllah di lain kesempatan FuhyooFM akan sekali lagi turun padang seandainya dipelawa untuk turut serta..

Wassalam.

Apabila Tiba Masa Nak Interview,.. Apa Nak Buat?

Thursday, May 21st, 2009

Salam bahagia dan salam siaran.

Peluang datang tidak selalu. Atau pernah kita dengar peluang datang hanya sekali. Ada juga peluang datang berkali-kali tapi sebab kita tak nampak, makanya peluang itupun berlalu begitu saja. Lebih memilukan kalau peluang yang kita terlepas pandang itu direbut oleh orang lain. Maka terloponglah mulut kita semua.. padan muka kita. hehe

Sebelum taip panjang-panjang, jom rasai pengalaman interview yang sebenarnya selain interview kerja, layannn ..

A’ha.. Amacam. Apa pendapat anda?  Tu dia satu lagi bentuk interview. Live di konti radio. Inipun kena buat persediaan awal jugak. Malah lebih hebat lagi cabarannya. Kalau tak ia ia boleh kejang dibuatnya. ya betul.. tak caya tanyalah mereka yang pertama kali melakukannya.

(more…)

Kampung Melayu Majeede Dah 60 Tahun!…

Saturday, May 16th, 2009

Salam bahagia dan salam siaran daripada DjSenja untuk anda semua di luar sana.

Jumpa lagi di gelanggang blogging ini. Satu berita yang ingin DjSenja kongsikan bersama anda ialah mengenai tajuk post kali ini; ya Kampung Melayu Majeede, sebuah perkampungan melayu terbesar yang masih kekal utuh di pinggir Bandaraya Johor Bahru ini, kini sedang menyambut ulangtahun ke 60 penubuhannya.

Backdrop pentas 60 tahun Kg Melayu Majeede

Backdrop pentas 60 tahun Kg Melayu Majeede

(more…)