Selamat Hari Pekerja
Thursday, April 30th, 2009Salam siaran..
Lazimnya tiba tairkh 1 mei kita bercuti menyambut hari pekerja. Sama jugak tahun ini. esok kita cuti lagi. Bersambung pulak dengan cuti hujung minggu. Wah bercuti panjang lagi. Mungkin saat yang anda nantikan, maklum banyak rancangan telah diautur.

Bengkel Asas Penyiaran-salah satu aktiviti koko di sekolah
Tapi bagi warga sekolah, mungkin tidak begitu. Maksud Djsenja, ramai jugak di kalangan guru dan murid yang bakal terlibat dengan pelbagai aktiviti hujung minggu di sekolah masing-masing.
Malah ada antara mereka yang tak pernah cuti sejak bukak sekolah Januari lalu. Ada saja aktiviti yang mengisi hujung minggu. Apapun Djsenja menghargai pengorbanan meraka dan kita sama-sama doakan kejayaan mereka dan mampu menjadi insan hebat di masa depan.
Sekian catatan menjelang hujung minggu.
Selamat bercuti kepada anda semua. Jumpa lagi.
Wassalam…




