Di kesempatan ini DjSenja ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada kalian semua. Terima kasih kerana masih sudi menjenguk dan singgah di blog ini. Memang blog ini lebih sebulan tidak di update!
Telah saya beritahu dalam post sebelum ini, saya ingin bercuti. Dan semuanya telah saya laksanakan dengan baik…. Syukur Alhamdulillah! Mungkin dalam post akan datang, saya ceritakan ke mana saya menghilang lebih sebulan ini.
Oh! ya… saya cuma ‘hilang’ dari online saja,… sedangkan saya masih meneruskan kehidupan off line seperti biasa. Saya masih datang bekerja seperti biasa. Cuma kerja-kerja off line yang agak menuntut masa yang banyak.
Ok la… tujuan entry kali ini untuk kalian semua saya mohon maaf kalau ada salah dan silap selama ini,… ada tulisan saya yang tidak disenangi.. ampun dan maaf dipinta. Saya hanyalah manusia bisa… tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap.
InsyaAllah selepas raya ini saya akan kembali online seperti biasa.
InsyaAllah kalau tiada apa-apa aral melintang, Team FuhYooFM akan berangkut (mengangkut barang-barang) ke Pusat Konvension Persada Johor pada petang hari Ahad nanti. Penulis pula akan ke Kuala Lumpur menemani isteri yang akan berkonvo di PWTC pada Ahad dan Isnin depan. Hari Selasa baru balik semula ke Johor.. Begitulah planningnya.. mohon dipermudahkan segala urusan.
Nak cerita sikit mengenai program di Persada Johor. Program ini diberi nama MISTI Johor 2010 (Minggu Sains Teknologi dan ICT)). Bermula 21-27 June 2010. 21 adalah hari perasmian. YAB Dato’ Menteri Besar dijangkan akan rasmikan mijlis ni. Orang ramai sudah boleh mula datang tengok pameran bermula 22 June 2010. Setiap hari sepanjang MISTI ada banyak acara disediakan.
Paling best cabutan nombor bertuah. Datang jer boleh dapat hadiah. Syaratnya mendaftarlah dulu ye.. .. Kalau tak daftar tak dapat nak nolong .. hehehe…
Di antara yang best lagi, khas untuk adik2 anak2 boleh jumpa Ipin dan Upin.. Ambiklah peluang ni untuk bermesra dengan mereka, 2 ikon yang begitu popular di kalangan budak2 ya.
Boleh juga berjumpa angkasawan negara Dr Faiz Khaleed. Mesti anak2 kita suka ya..
Banyak juga hadiah yang perlu dimenangi. Hanya jawab kuiz mudah dah boleh menang hadiah. Siapa tak nakkan.
Jadi sama-samalah kita serbu Persada Johor pulak ya pada tarikh yang telah DjSenja beritahu tadi. Owh! Ya.. Jangan lupa Radio Internet FuhyooFM akan berada di sana sepanjang acara berlangsung. Dj kami kalangan pelajar2 Kelab Media Radio Sekolah (KEMRADS) akan mengendalikan sepenuhnya siaran sepanjang acara berlangsung.
Jadi, rasanya tak perlulah Djsenja tulis panjang-panjang kat sini. Kalau ada masa dan kelapangan waktu, datang saja ke Persada Johor pada 22-27 June ini untuk bersama Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor 2010. Jangan lupa cari saya kalau anda ke MISTI ya..
Kita bersama lagi di arena belog ini sebagai medan perkongsian cerita. Suka dan duka yg kita hadapi adalah asam garam yang menjadikan hidup ini penuh warna warni. Apa yang penting kita happy dengan apa yang kita lakukan. Tidak kisahlah kalau ianya pelik pada pandangan orang. Asalkan kita tahu apa yang kita lakukan dan tidak menyusahkan orang lain.
Baiklah untuk pertemuan kali ini, DeeJay Senja hiburkan anda semua dengan sebuah lagu sebagai pembuka tirai.. …Terimalah …
Telephone – Lady Gaga Feat. Beyonce
Petang tadi jalan-jalan ke sekolah St. Joseph. Budak-budak tu sibuk berlati! Kebtulan.. Dah terlanjur kami (DjSenja&HBO) datang, sekali cikgu Hj Md Nor minta kami tolong guide pelajar dia.
Alahai.. dah jadi juri tak bertauliah pulak! Kalau sekolah lain tau ni… ish! sh! nahas kami. Tapi kami tak kisah sebenarnya. Kalau dipanggil ya datang. Kalau tak dipanggil ya bagaimana….(bunyi macam slank Abon .. hehe)
Wah! Bukan main bersemangat lagi budak-budak tu. Tak sangka sampai macam tu sekali. Nak tebus tahun lepas punya kot. (tahun lepas diaorang dapat no 4- sebab SMK BBU bolot tempat pertama dan kedua)
Oklah tak nak cakap banyak. Lihat sendiri semangat mereka dalam video ni..enjoyy!